Wanita, 32 minit dan rahsia, apa kaitannya??

cara membuatkan wanita berasa istimewatadi masa top5 tengah mencari info-info menarik yang mungkin boleh dikongsikan dengan pembaca, tiba-tiba ada satu tajuk yang menarik perhatian top5. hehe.. ianya tentang wanita, 32 minit dan rahsia. Apa kaitannya? ( bagi kaum wanita, jangan marah ye, ini sekadar perkongsian je.. hehe.. :p )

Kajiselidik ini telah dilakukan oleh sebuah syarikat penjagaan kesihatan kulit iaitu SIMPLE terhadap 3000 wanita british. ( mungkin wanita malaysia tak macamni kot..haha :p ). Hasil daripada kajiselidik tersebut mendapati bahawa wanita kebiasaannya hanya dapat menyimpan rahsia hanya selama 32 minit sahaja dari masa dia diberitahu. ( wa……. lajunya kaum wanita ni melakukan tugasan mereka ye.. haha)

Selain daripada itu, 1 daripada 10 wanita mengaku bahawa mereka tidak mampu untuk menyimpan rahsia atas alasan ia suatu perkara yang membebankan mereka. Selebihnya pula mengakui bahawa mereka akan tercerita sesuatu rahsia secara tidak sengaja. ( Jadi kepada sesiapa yang nak bagitau apa-apa rahsia tu, jangan bagitau rahsia kat wanita british ok, sebab diorang ni memang tak boleh simpan rahsia, rasanya wanita MALAYSIA semuanya bagus-bagus kot. kan?? :p)

untuk info lebih lanjut anda boleh lawat website daily mail ok :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge