blinker_184123

8 perkara paling mengjengkelkan yang sering dilakukan pemandu

Memandu laju di kawasan perumahan (tempat yang berisiko)!- Pasti anda semua pernah mengalami situasi ini. Ia sangat menyakitkan hati kerana ia bukan sahaja membahayakan pemandu, tetapi turut membahayakan orang yang berada di sekitar kawasan perumahan tersebut. Seperti yang anda semua tahu, kawasan perumahan adalah kawasan yang sibuk dengan kanan-kanak bermain, orang tua menghirup udara segar dan sebagainya. Ia tidak logik sekiranya anda menganggap kawasan itu sentiasa selamat. Bawa dengan perlahan supaya dapat mengawal kenderaan anda sekiranya mengalami apa-apa kemungkinan dihadapan.

Tidak memberi signal apabila memasuki simpang!- Ini juga merupakan salah satu masalah yang sering dilakukan oleh pemandu. Jangan terlalu fikirkan diri sendiri sahaja, fikirkan juga mengenai pemandu lain. Sekiranya pemandu lain tidak dapat menjangkakan apa yang anda lakukan, ia akan menyukarkan mereka untuk mengambil apa-apa tindakan yang sepatutnya. Anda sepatutnya bekerjasama di jalan raya untuk keselamatan bersama.

Mengambil 2 lot parking!- Jangan fikirkan untuk kemudahan anda sahaja. Fikirkan juga untuk kemudahan orang lain. Walaupun kawasan tempat anda meletakkan kenderaan itu tidak terlalu penuh, letakkan kenderaan anda di dalam petak yang telah disediakan. Tunjukkan satu keperibadian yang baik kepada orang lain.

Parking ditempat orang kurang upaya!- Pemandu normal yang meletakkan kenderaan di tempat orang yang kurang upaya seolah-olah mengharapkan diri mereka turut menjadi orang yang kurang upaya. Ia amat mengjengkelkan. Kebiasaannya, pemandu yang melakukan perkara ini adalah seorang yang amat mementingkan diri sendiri dan perlu belajar bagaimana caranya untuk menghormati orang lain.

Sentiasa memasang lampu tinggi!- Tahukah anda bahawa memasang lampu tinggi boleh membahayakan pemandu lain.Sekiranya lampu rendah anda rosak, pergi baikinya dengan kadar segera. Jangan merasakan ia tidak menjadi masalah kepada anda, sebaliknya ia memberi masalah kepada orang lain.

Sentiasa kekal di jalan sebelah kanan!- Seperti yang semua pemandu tau, jalan di sebelah kanan adalah untuk pemandu lain memotong anda. Jangan kekalkan kenderaan anda di sebelah kanan sahaja kerana ia akan menyukarkan pemandu lain untuk memotong. Fikirkan juga mengenai keselamatan pemandu lain dan bukannya keselesaan anda sahaja.

Menyalahgunakan hon!- Anda perlu tahu bahawa hon digunakan untuk memberi amaran kepada pemandu lain sekiranya mengalami apa-apa kesulitan. Hon bukanlah tempat untuk meluahkan kemarahan anda.

Tidak fokus ketika lampu isyarat!- Jangan kerana kelekaan anda melakukan susuatu ketika lampu isyarat menyebabkan pemandu lain marah kepada anda. Anda perlu tetap fokus walaupun sedang berhenti di lampu isyarat.

Read More