Lelaki lebih pentingkan diri dalam perhubungan?

Ok harini top5 ade topik yang agak panas mengenai perhubungan manusia. Tetapi sebelum tu, top5 nak tanya betul ke lelaki ni bersifat pentingkan diri dalam perhubungan? kaum lelaki sila jawab. Anda setuju ke tak?

Berdasarkan sumber yang top5 dapat melalui pembacaan di alam maya ini, kebanyakan artikel bersetuju bahawa kaum lelaki adalah merupakan orang yang paling pentingkan diri didalam perhubungan. Faktor ini juga mungkin didorong oleh sifat lelaki yang egonya melebihi daripada wanita.

Antara bukti yang diberikan oleh mereka adalah berdasarkan kajiselidik yang telah dilakukan, statistik menunjukkan bahawa lebih daripada 80% keputusan dilakukan oleh lelaki secara bersendirian tanpa mempertimbangkan pendapat pasangan mereka terlebih dahulu.

Selain daripada itu, statistik juga menunjukkan bahawa lebih 60% kaum lelaki melarikan diri meninggalkan anak dan isteri mereka disebabkan masalah kesempitan hidup. Sekiranya berlaku perceraian pula, hanya segelintir sahaja kaum lelaki yang menjalankan taggungjawab mereka terhadap anak. Jika dibandingkan dengan wanita, mereka lebih bertanggungjawab mengenai soal penjagaan anak.

Jadi sebagai lelaki sejati, marilah kita renungkan bersama ok ( sebab top5 pun lelaki jugak :( ). Supaya lepas ni kita bersama-sama lebih mempunyai sifat tanggungjawab dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja ok?? hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge