5 Kesan stress semasa hamil?

wanita mengandungSeperti yang anda semua tahu, stress adalah kebiasaan didalam kehidupan. Tetapi ia perlu dikawal terutamanya semasa ibu sedang hamil. Ini kerana ia akan memberikan kesan kesihatan terhadap anak didalam kandungan. Tahukah anda apakah kesannya??

Kebiasaannya, anak yang dilahirkan dalam keadaan stress akan mengalami masalah lemah sistem pertahanan badan. Penyakit akan menjadi bahaya walaupun penyakit itu sebenarnya jika dihadapi oleh kanak-kanak normal adalah tidak terlalu bahaya.

Selain daripada itu, ibu yang stress ketika hamil juga akan memberi kesan terhadap IQ anak mereka. Pemikiran anak yang bakal dilahirkan mungkin akan menjadi lemah dan mungkin juga akan mengalami masalah mental. Kesan emosi ibu yang terganggu juga sebenarnya turut memberi kesan kepada anak. Ada juga sesetengah pakar turut berpendapat bahawa masalah anak yang dilahirkan menjadi terlalu aktif disebabkan ibu mereka stress ketika hamil.

Dan akhir sekali, kesan yang mungkin dihadapi terhadap anak mereka adalah penyakit asma. Mengikut kajian, punca utama asma bukan lagi disebabkan oleh faktor keturunan, tetapi disebabkan faktor ibu mereka mengalami stress semasa hamil.

Jadi, nasihat top5 untuk pasangan yang akan menimang cahaya mata tu, suami jagala isteri anda elok-elok ok. Jangan bagi isteri stress. Kalau boleh semua kerja suami yang buat. Kalau suami tak mampu buat, minta persetujuan isteri untuk cari pembantu. Bagitaula isteri niat sebenar tak nak bagi mereka stress. Kan bagus niat tu. So kepada suami-suami diluar sana, selamat mencuba ok?? hehe :p

rujukan: dailymail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge