Bahaya blind date

lelaki jatuh cintaSekarang ni top5 perhatikan memang menjadi satu trend terkini untuk golongan remaja melakukan blind date. Tetapi sebelum tu apa makna blind date? Buta tarikh? kikiki.. bukan, blind date adalah merupakan janjitemu antara dua belah pihak tanpa mengenali terlebih dahulu antara satu sama lain.

Bagi lelaki tu top5 tak heran sangatla. Sebab selalunya yang berniat jahat ni lelaki dan bukannya wanita :p. Bagi kaum wanita pulak, top5 nasihatkan janganla mudah sangat nak buat temujanji dengan orang yang tidak dikenali ok.

Amik masa untuk mengenali lelaki tu terlebih dahulu. Jangan main belasah je. Ingat mulut lelaki ni memang manis. hehe…. Bagi wanita yang berkawan dengan lelaki warga asing pulak, anda perlu lebih berhati-hati. Sebab sekarang statistik kes penipuan antara wanita tempatan dengan lelaki warga asing semakin meningkat. Kalau setakat kena tipu wang tu top5 rasa ok lagi, top5 cuma risau nanti anda dipermainkan untuk jadi keldai dadah pulak. Itu lagi bahaya.

Akhir sekali nasihat top5, sebelum lakukan apa-apa temujanji amik masa untuk mengenali lelaki tersebut terlebih dahulu. Elakkan daripada keluar berdua. Dan jangan tunjukkan anda terdesak. Kerana lelaki ni suka mengambil kesempatan dikala kesempitan.hehe

Tagged with:
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge