Apakah kesan sekiranya anda mengambil vitamin c secara berlebihan? Lelaki wajib baca.

kesan_vitamin_cBaru-baru ni top tiba-tiba rasa macam nak jaga badan. Tapi konon jela kan. Mula tak pon lagi. Haha… Untuk pengetahuan anda, top ni sebenar berbadan kurus je orangnye. Comel molek je. Comel ke?? *mate ke atas tangan kat dahi :p Jadi top pun cuba-cubala bertanyakan dekat orang yang lebih berpengelaman macamne kalau kita nak naikkan badan. Ada yang menasihatkan untuk minum susu protein la, kene amik banyak vitamin C la dan sebagainya. Memang hebat mereka semua, kadang -kadang ada yang mengalahkan doktor.hehe.. Tapi sebelum kita buat sesuatu, paling kurang pun kita mesti la tau apa yang kita nak buat kan. Kebaikan atau keburukan semua perlu dipertimbangkan. Jadi top pun tanpa berlengah cubala blaja dalam internet ni.

Sebelum ni, top memang ada plan nak ambil vitamin c jgk. Tapi bukan sebab nak jaga badan. Tapi nak membekalkan sedikit lebihan tenaga. Top tengok orang lain pun ramai yang amalkan pengambilan vitamin c sebagai ubat sampingan terhadap tubuh mereka. Mereka cakap kalau kita amik vitamin C tubuh tak cepat merasa penat. Mungkin betul kerana tubuh kita memang memerlukan vitamin c tapi kalau kita ambil dalam jumlah yang berlebihan apa kesannya pulak? Kadang-kadang top tengok ada orang yang mengmbil vitamin c ni terlalu kerap. Kebetulan top terjumpa pulak artikel berkaitan kesan pengambilan vitamin c secara berlebihan dan top rasa perlu dikongsikan juga dengan pembaca blog ni.

Berdasarkan kajian terbaru, ada kaitan yang menunjukkan bahawa kesan sekiranya anda mengambil vitamin c dalam dos yang berlebihan dengan penyakit batu karang. Ia lebih terdedah kepada kaum lelaki. Kajian yang telah dilakukan oleh Laura Thomas selama 11 tahun terhadap 907 orang lelaki yang kerap mengambil vitamin c dan 22ooo orang yang tidak mengambil apa-apa ubat sampingan mendapati bahawa 3.4% daripada 907 orang mengidap penyakit ini manakala hanya 1.8% daripada 22,000 yang tidak mengambil apa-apa ubat sampingan mengidap penyakit batu karang. Berdasarkan maklumat tersebut, kita boleh membuat kesimpulan bahawa ada kaitan antara pengmbilan vitamin c secara kerap dan penyakit batu karang. FUHHHHHH….. penat dah jadi doktor tak bertauliah, ok kembali ke pangkal jalan.hehe.. Ok, top rasa mungkin ada kaitan jugak.

Tetapi ia bukanlah punca utama dan kajian masih lagi akan diteruskan. Jadi kepada sesiapa yang biasa ambil vitamin c secara kerap tu, lepasni cubala kurang-kurangkan sikit ok. Pakar menasihatkan bahawa hanya 90mg vitamin c sahaja yang diperlukan oleh lelaki dan 75mg untuk wanita dalam sehari. Jadi sebelum membeli apa-apa sahaja ubat sampingan, baca la isi kandungan dia terlebih dahulu ok?? peace yawww……

top

nama top dipilih bukan sebab aku seorang kipas susah mati K-POP, tetapi secara kebetulan dengan nama blog ni, jadi aku memilih untuk menggunakan nama samaran top. kalau guna AKU macam tak rare (tak nak bagi alasan kalau guna nama panggilan AKU terasa agak kasar sebab jawapan yang agak cliche)

7 thoughts on “Apakah kesan sekiranya anda mengambil vitamin c secara berlebihan? Lelaki wajib baca.

  1. mmgla xrahsia dah..sbb dah nmpak dah gmba top pakai bju biru spek hitam kat ruang komen tuh..haha terbongkar sudah..comel molek orgnya hahahahaa

  2. Sy pon mcm top gak kurus tp xberapae nak comel la. Teringin nak tambah jisim dalam badan mcm top jugak lah. cuma beza nya sy dah teruskan misi kearah pengambilan vitamin c.

    Setiap hari sy telan benda ni :

    Blackmore bio c 1000mg
    Blackmore b + c
    Kordels clear skin

    Dua hari sekali sy hirup benda ni :

    Kinohimitsu collagen for men

    Dan seminggu sekali sy jalani suntikan ini :

    Roche Laroscorbine platinum vit c 1mg
    Collagen o.35 gm

    *Adakah ini petanda sy telah mengambil vit c dan collagen yg berlebihan dlm badan??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge