Antara makan buah vs minum jus buah yang mana lebih baik?

Sebenarnya top5 pernah terfikir antara makan atau minum buah-buahan ni, mana yang terbaik sebenarnya ye? Mungkin anda pun pernah terfikir juga kan? Jadi, tadi rajinla sikit untuk mencari info mengenai topik kita pada kali ini. Sekarang nak kongsi sikit la info yang top5 dapat dari pembacaan tadi ok.

Hasil kajian yang telah dilakukan oleh Barbara Rolls, pemegang PHD dalam bidang sains nutrisi ( untungla ada PHD, top5 jeles, huh!! ) menyatakan bahawa kadar kalori sebiji buah yang dimakan dan sebiji buah yang dijadikan jus masuk kedalam tubuh badan manusia adalah sama.

Tetapi, perbezaannya adalah terhadap penyerapan tubuh terhadap kalori tersebut. Berdasarkan pendapat barbara ni, tubuh badan manusia lebih peka untuk menyerap makanan berbanding cecair. Kira cara mudah kalau anda nak faham, kalau anda makan sebiji buah, anda akan berasa kenyang lebih lama berbanding minum jus buah-buahan.

Jadi, kepada pembaca top5 yang ada mengamalkan diet dengan meminum jus buah-buahan setiap pagi ke kan, ( tapi ada ke pembaca top5 yang diet? kalau top5 memang tak la nak diet bagai ni kan, haha..) anda dinasihatkan untuk memakan buah tersebut dari memnjadikannya jus, Sebab cara ini lebih berkesan untuk diet anda. Selamat mencuba ok :)

8 Responses to Antara makan buah vs minum jus buah yang mana lebih baik?

  1. hanni says:

    sy minum jus buah pagi2..tp bukanla sbb berdiet, sbb mmg suka gitu..lps minum jus buah rs segar je..semangat nak p keje..hehe..

    Top5,
    Tq, nice sharing.
    hanni recently posted..Selamat Hari GuruMy Profile

  2. porshe says:

    tapi kalau kita simpan jus dalam frigde semalaman, contohnya macam saya blend buah untuk buat jus pada malam hari, then saya minum keesokan paginya, khasiat dia masih lagi sama tak??

  3. Aqilah says:

    Tembikai memag sedap kan top 5
    kalo mkn hri-hri pun tak muak kan . top5 suka mkn tembikai tak? mkn hri-hri tau, duit jagn rsau tembikai murah jeee . kan kan ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge