8 cara mengatasi kulit kering

masalah kulit keringMasalah kulit kering berpunca daripada pelbagai faktor seperti perubahan cuaca, pemilihan alat solek yang tidak tepat, sinaran matahari dan sebagainya. Terdapat pelbagai cara yang anda boleh amalkan untuk mengatasi masalah kulit kering ini. Diantaranya adalah…..

(1) Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Jika cuaca betul-betul panas, anda perlu minum lebih banyak daripada itu. Sekiranya anda tidak mendapat cukup air dalam badan, ia akan menyebabkan tubuh anda dehidrasi. Minuman seperti kopi dan teh harus diambil secara sederhana sahaja. Ini kerana sebahagian daripadanya akan memberi kesan sampingan yang lain. Sebagai contoh kopi boleh membuatkan kulit anda bertambah kering dan ia juga mungkin menyebabkan masalah kulit yang lain seperti jerawat.

(2) Makan makanan berkualiti tinggi yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makan kanji, gula, makanan ringan, kentang goreng dan kerepek kentang secara berlebihan kerana ia juga boleh membawa kepada dehidrasi kulit.

(3) Elakkan daripada pengambilan alkohol dan rokok kerana ia merupakan punca utama yang menyebabkan masalah kulit kering.

(4) Elakkan daripada berada didalam tempat yang berhawa dingin untuk satu jangka masa yang lama. Ini adalah kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering. Ia akan memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh anda walaupaun suhu persekitaran sejuk.

(5) Basuh muka anda tidak lebih dari dua kali sehari dengan pembersih muka. Cucian yang lebih kerap boleh mengeringkan lagi kulit muka anda.

(6) Cuba untuk mengetahui jenis masalah kulit muka anda, berminyak atau kering. Ini akan membantu anda untuk memilih produk penjagaan dan solekan yang betul. Penjagaan sepatutnya menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit. Jika kulit anda berasa tegang atau ketat pada waktu tengah hari, ia mungkin bermakna produk yang anda gunakan tidak bersesuaian.

(7) Cuba untuk mendapatkan 8 jam tidur pada waktu malam. Tidur yang secukupnya sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit. Pastikan bilik anda dapat pengudaraan yang bersih.

(8) Tekap kulit muka anda menggunakan tuala secara perlahan-lahan apabila sudah selesai mencuci muka. Elakkan daripada menggosokkan muka kerana ia akan meanggalkan minyak muka yang diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit.

10 Responses to 8 cara mengatasi kulit kering

  1. Buaya says:

    salam ziarah

    jom ke blog buaya dan jadi follower sekali k

  2. dauzshanley says:

    oh, patot laa…kurang minum air, pastu slalu jgk minum kopi, dah la keje dalam air cond…mmg kering la kulit muka ni…thanks sharing!

  3. nora says:

    hiisshhh…nora aritu muka ok je…sejak 2 3 arinie muke kering sesangat xtau and xprasan la mkn pe ke kn..mnom air suam mmg bnyak..mby tmpt kerja kut kt dlm opis y kuat aircond…urm..:( muka terjejas and kerja,life pon terjejas….

  4. indah.p.s.l says:

    apakah begadang dapat mengakibat kan sakit tipes?

  5. annisa s,w says:

    makanan apa yang bikin sehat?

  6. Din says:

    Anda mempunyai simptom kulit kering, berminyak? Ada parut luka, parut jerawat? Kulit pecah, selulit, lebam? Jerawat dan bertompok? Dapatkan minyak DABUS aromaterapi. Anda boleh lihat hasil yang anda impikan dalam 2-5 hari.

  7. [...] Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman [...]

  8. [...] Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge