cara memahami wanita

7 tips untuk memahami kata-kata wanita

cara memahami wanitaSememangnya wanita amat sukar untuk difahami kerana mereka tidak suka menyampaikan sesuatu secara terus terang, mereka mahukan seorang lelaki yang lebih memahami. Tidak seperti lelaki yang bersikap terbuka. Jadi, setiap kata-kata mereka pasti ada rahsia yang tersembunyi. Apakah makna disebalik kata-kata wanita?

(1) Fine!- Adakah lelaki memahami apabila pasangan mereka menyatakan perkataan Fine! ? Kebiasaannya, wanita meluahkan perkataan ini kerana mahu menghentikan perdebatan yang sedang berlaku. Sebaiknya, apabila mereka sudah mengeluarkan kata-kata ini, anda perlu untuk memberikan ruang untuk mereka bertenang. Cuba elakkan daripada terus memberi tekanan kerana ia akan meningkatkan lagi pengaruh emosi mereka. Apabila sesuatu perbincangan dipengaruhi emosi pasti sukar untuk mencari jalan penyelesaian.

(2) 5 minit- Apabila wanita menyatakan mereka memerlukan masa 5 minit untuk bersiap, anda perlu bersedia untuk menunggu sekurang-kurangnya setengah jam. Lelaki perlu memahami bahawa kecantikan adalah perkara utama untuk wanita, terutamanya apabila keluar bersama orang yang mereka sayang.

(3) Takda apa-apa- Apabila wanita menyatakan seperti ini, ia adalah petanda awal bahawa perang akan berlaku sekali lagi sekiranya masalah belum lagi dapat diselesaikan. Lelaki seharusnya bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dan memahami bagaimana cara untuk mengatasinya.

(4) Sukahatila (nada sinis)- Apabila wanita menyatakan sukahatila, ia sebenarnya memberi maksud larangan terhadap lelaki untuk melakukan sesuatu perkara itu. Jangan lakukan perkara tersebut untuk menunjukkan bahawa anda berjaya memahami mereka.

(5) Whatever!!- Dengan kata yang lebih mudah difahami adalah ia bermakana bahawa wanita tersebut menyatakan “SAYA BENCI AWAK!!”

(6) Takpe, saya ok- Apabila wanita meluahkan kata-kata ini, ia bermakna mereka sedang memikirkan mengenai hubungan anda. Adakah hubungan tersebut mampu membawa kebahagian, mempunyai masa depan yang cerah, dan sebagainya. Anda seharusnya belajar untuk memahami mereka dan berusaha memberikan mereka keyakinan terhadap hubungan anda semula.

(7) Jangan risau, saya dh agak dah- Kenyataan ini biasanya menunjukkan bahawa kesalahan yang serupa dilakukan oleh seseorang lelaki untuk beberapa kali. Ia juga merupakan satu tanda bahawa mereka telah berasa bosan dengan sikap buruk anda.

top

nama top dipilih bukan sebab aku seorang kipas susah mati K-POP, tetapi secara kebetulan dengan nama blog ni, jadi aku memilih untuk menggunakan nama samaran top. kalau guna AKU macam tak rare (tak nak bagi alasan kalau guna nama panggilan AKU terasa agak kasar sebab jawapan yang agak cliche)

4 thoughts on “7 tips untuk memahami kata-kata wanita

  1. sy mempunyai seorang tunang yang sangat sayangkan saya dan dye amat caring tntng dri sya….tp masalah sy ialah sy keliru dgn perasaan sya sndiri,sy tertnyer2 apekah sya mencintai tunang sy? sampai sekarang sy blm temui jawapan tu.tunang sy bersifat terlalu cemburu,dye nk sy ikut semua ckp dye….dye kongkong hidup sy sampykan sy tk di benarkan bergaul dgn sesiape dan keluarge sy jugk dye tk mahu memahami……sye rase pnt sangt2 setiap kali sye sy tk jawap cll dye,dye akan maki-hamun sy….hti sy rse sakit sangt kdang2 sy rse cm nk lari jauh2 dye terlalu cmburu………

    1. lakukan solat istikharah….. masih tidak terlambat untuk membuat keputusan kerana antara anda belum ada ikatan yang sah… bayangkan belum ada apa-apa ikatan lagi sidia telah menunjukkan perangai sebegini…. bayangkan selepas anda melalui alam perkahwinan… adakah anda mampu untuk mengubah atau menempuhinya? tepuk dada tanya iman ok :)

  2. assalamualaikum,,macam mana cara terbaik untuk pujuk wanita yang sedang marah atau merajuk?adakah saya perlu bagi dia masa untuk tenangkan diri sepenuhnya?tapi berapa lama masa tersebut? macam mana cara terbaik juga untuk belajar memahami perasaan wanita yang kita sayang?

    1. w’salam… klebihan lelaki adalah kerana mempunyai pertimbangan yang waras berbanding wanita yang lebih suka mengikut emosi, apabila mereka marah atau merajuk, cuba tenangkan mereka, kadang2 masa adalah cara terbaik untuk kita tenangkan diri, soal berapa lama masa yang diperlukan ianya bergantung mengikut situasi. Gunakan naluri anda sebagai seorang lelaki untuk cuba mengambil hati mereka kembali. Untuk belajar memahami perasaan pula, top5 rasakan ia akan datang sendirinya. Kita sendiri akan tahu sikap orang yang kita sayang melalui perlakuan, perbuatan dan sebagainya. peace :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge