cover_imagination-panel1

7 kerjaya yang memerlukan imaginasi tinggi

Graphic designer- Kerjaya ini benar-benar menguji daya kreativiti anda. Ini adalah kerana anda perlu berimaginasi bagaimana untuk mempersonakan atau menarik minat pelanggan/penonton untuk melihatnya. Ia juga merupakan suatu penyelesaian masalah komunikasi yang disampaikan melalui visual. Dengan visual yang disampaikan, ia haruslah berjaya untuk menyampaikan tips, objektif atau pesanan mengenai sesuatu isu.

Professional marketing- Kerjaya ini memerlukan anda berimaginasi adalah kerana teknik pemasaran sentiasa berubah-ubah mengikut situasi. Anda pelu mengeluarkan idea-idea yang segar untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Tanpa imaginasi yang tinggi pasti teknik pemasaran yang anda cuba sampaikan akan ketinggalan dan tidak berjaya untuk menambat hati pelanggan.

Detective/Forensics- Seorang detective/forensics pasti akan membuat gambaran awal terlebih dahulu mengenai sesuatu kes yang cuba diselesaikan. Kemudian barulah ia akan disokong dengan bukti-bukti yang ada mengenai kes itu. Sekiranya bukti yang ada bercanggah dengan gambaran yang awal-awal tadi, mereka terpaksa untuk membuatkan gambaran lain sehinggalah satu-satu kes itu selesai.

Usahawan- Seseorang usahawan yang berjaya tidak akan tahu apa akan terjadi terhadap perniagaan mereka pada masa hadapan. Tetapi mereka sudah ada perancangan terhadap perkara yang perlu dilakukan sekarang untuk menjamin perniagaan mereka pada masa akan datang. Ini menunjukkan seorang usahawan perlu untuk berimaginasi tinggi.

Video game designer- Sebelum mereka sesuatu permainan video, ia hanyalah satu idea yang bermain di fikiran pereka. Kemudiannya barulah ianya disampaikan melalui visual untuk orang ramai pula memahami objektifnya. Pereka harus membayangkan terlebih dahulu mengenai sesuatu permainan itu kemudian barulah permainan itu akan dicipta.

Guru- Seorang guru yang baik haruslah sentiasa peka dengan cara berkomunikasi dengan pelajar mereka. Seorang remaja haruslah berkomunikasi cara remaja untuk mendapat hubungan yang baik. Untuk memahami seorang remaja, mereka juga perlulah berimaginasi ketika mereka masih remaja dahulu. Apa yang diinginkan pada zaman remaja. Barulah mereka akan mendapat rasa hormat dari pelajar mereka. Begitulah juga sekiranya mereka perlu mengajar budak-budak, orang tua dan sebagainya.

Chef- Seorang chef sentiasa perlu untuk mereka jenis masakan yang baru. Untuk mereka sesuatu masakan yang baru mereka haruslah berimaginasi tinggi untuk mereka sesuatu masakan yang belum pernah dilakukan.

 

 

 

 

top

nama top dipilih bukan sebab aku seorang kipas susah mati K-POP, tetapi secara kebetulan dengan nama blog ni, jadi aku memilih untuk menggunakan nama samaran top. kalau guna AKU macam tak rare (tak nak bagi alasan kalau guna nama panggilan AKU terasa agak kasar sebab jawapan yang agak cliche)

One thought on “7 kerjaya yang memerlukan imaginasi tinggi

  1. Hello! I realize this is kind of off-topic however I needed to ask. Does operating a well-established website like yours require a massive amount work? I am completely new to blogging but I do write in my diary every day. I’d like to start a blog so I will be able to share my experience and feelings online. Please let me know if you have any kind of suggestions or tips for new aspiring blog owners. Appreciate it!
    Welcome to my blog : Upper back pain relief

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge