7 cara untuk menghilangkan ketagihan

Ketagihan adalah satu tabiat yang amat sukar untuk diberhentikan. Ini adalah kerana kebiasaan atau kebergantungan anda secara fizikal terhadap sesuatu bahan itu. Dalam perancangan untuk menyelesaikan masalah ketagihan yang sedang dialami, anda perlu mengambil langkah-langkah yang tepat untuk mempersiapkan diri secara mental dan fizikal untuk menghadapi segala dugaan yang bakal anda tempuhi. Disini disenaraikan 7 langkah sebagai panduan untuk anda menghilangkan ketagihan.

Memilih untuk melakukan apa yang terbaik untuk diri sendiri dan kehidupan anda. Langkah pertama ialah selalu mengakui bahawa anda perlu berubah untuk menjalani hidup yang sihat, bahagia, tenang, gembira dan segala kehidupan yang berbentuk positif yang lain. Tidak dapat dinafikan ini adalah pilihan sukar untuk dibuat, tetapi ia merupakan pilihan yang memberikan 1001 kebaikan dan merupakan langkah pertama yang paling penting untuk menghilangkan ketagihan.

Buatkan ia berbentuk peribadi. Untuk menghilangkan ketagihan sepenuhnya, ianya harus ikhlas daripada diri sendiri dan bukan atas desakan mana-mana pihak lain. Cuba buktikan bahawa anda mampu untuk membuktikan pada diri anda sendiri bahawa anda boleh menjadi lebih baik. Ianya tidak perlu dibuktikan terhadap orang luar. Hanya anda sahaja yang mengenali diri anda yang sebenarnya.

Dapatkan nasihat pakar- Mungkin sekiranya di dalam kes-kes yang melibatkan ketagihan melampau anda perlu mendapatkan nasihat pakar. Ini adalah kerana mereka mempunyai kepakaran untuk membantu menghilangkan ketagihan pesakit dengan cara yang betul. Permasalahan atau punca ketagihan juga dapat dikesan lebih awal yang mungkin serba sedkit dapat membantu pesakit.

Berkomunikasi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan yang bersikap positif. Menyendiri adalah bukan jalan terbaik untuk anda menghilangkan ketagihan. Sebaliknya ia mungkin akan meningkatkan lagi tekanan terhadap anda dan kemungkinan akan melakukan kesalahan sama kembali. Menjalinkan hubungan sosial dapat membantu untuk menguatkan lagi semangat pesakit dan melupakan sebentar terhadap masalah ketagihan yang sedang mereka alami.

Elakkan daripada mudah terpengaruh dengan godaan.  Seseorang yang sedang berusaha untuk menghilangkan ketagihan akan lebih mudah terpengaruh sekiranya mereka tinggal bersama-sama masyarakat yang lain. Ini adalah kerana dalam satu masyarakat tidak kesemuanya bersikap positif. Pasti terdapat segelintir juga yang bersifat negatif. Kehidupan di dalam masyarakat juga adalah lebih bebas berbanding kehidupan di dalam tahanan. Sekiranya pesakit amat mudah untuk menerima godaan daripada rakan-rakan mereka untuk mengulangi kesalahan yang telah dilakukan, pasti mereka akan hanyut semula dengan kehidupan yang sebelumnya.

Ubah cara hidup anda. Sekiranya sebelum ini pesakit banyak menghabiskan masa untuk berseronok sahaja,  mungkin selepas ini mereka perlu mencari pekerjaan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Cuba untuk mengubah cara hidup daripada kebiasaan. Lakukan sesuatu yang lebih bermanfaat. Dalam proses untuk menghilangkan ketagihan, cuba elakkan daripada tidak melakukan apa-apa. Ini adalah untuk mengelakkan pemikiran anda tertumpu semula terhadap punca yang menyebabkan ketagihan. Sibukkan diri anda dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah.

Secara psikologi sebenar, tiada siapa yang mampu untuk memotivasikan diri anda, melainkan anda sendiri yang cuba untuk memotivasikan diri sendiri. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Sekiranya anda sudah nekad untuk menghilangkan ketagihan, tiada siapa yang menghalang melainkan diri anda sendiri. Begitu juga sekiranya ketika anda berputus asa, tiada siapa yang mampu untuk memberikan anda kata-kata semangat melainkan diri anda sendiri. Kesimpulannya, anda perlu yakin terhadap kebolehan dan kekuatan yang anda miliki.

top

nama top dipilih bukan sebab aku seorang kipas susah mati K-POP, tetapi secara kebetulan dengan nama blog ni, jadi aku memilih untuk menggunakan nama samaran top. kalau guna AKU macam tak rare (tak nak bagi alasan kalau guna nama panggilan AKU terasa agak kasar sebab jawapan yang agak cliche)

2 thoughts on “7 cara untuk menghilangkan ketagihan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge