7 cara menghilangkan perasaan malu
Perasaan malu yang akan diterangkan adalah dari konteks perkara yang menghalang daripada kemajuan diri sendiri. Sebagai contoh, seorang yang malu untuk membentangkan hasil kerja mereka di khalayak ramai, malu untuk berkomunikasi dengan orang lain dan sebagainya. Untuk lebih memudahkan pemahaman adalah mengenai perasaan malu yang tidak bertempat. Ia sepatutnya tidak perlu wujud di dalam diri anda.
Sebelum menerangkan mengenai cara menghilangkan perasaan malu, anda perlu tahu terlebih dahulu mengenai faktor yang menyebabkan seseorang menjadi pemalu. Perasaan malu wujud adalah disebabkan terlalu memberi tumpuan terhadap diri sendiri dan terlalu banyak kebimbangan. Berkemungkinan mereka terlalu memikirkan kesempurnaan terhadap sesuatu perkara yang dilakukan. Ia adalah amat baik sekiranya anda mementingkan kesempurnaan, tetapi anda tidak perlu memikirkannya sehigga ia mampu untuk mempengaruhi tindakan anda. Bagaimanakah cara untuk anda menghilangkan perasaan malu?
Mentaliti- Anda sepatutnya tidak terlalu memikirkan mengenai tanggapan orang lain terhadap diri anda. Lakukan sesuatu dengan cara anda yang tersendiri. Pasti anda berjaya mengawal situasi walaupun sebenarnya anda berasa malu.
Latihan- Untuk menghilangkan perasaan malu juga memerlukan latihan. Mulakan latihan dengan cuba berkomunikasi dengan orang yang rapat dengan anda. Kemudian latih pula diri anda untuk berkomunikasi dengan orang yang baru dikenali.
Fokus- Fokuskan terhadap perbualan yang sedang dilakukan dan bukannya memikirkan mengenai diri sendiri. Orang lain lebih selesa sekiranya anda menjadi diri anda yang sebenar.
Bertanya soalan- Untuk mengekalkan sesuatu perbualan, anda perlu bertanyakan soalan. Jangan berasa malu untuk bertanya. Ini adalah cara terbaik untuk mengelakkan anda daripada terus membatu.
Imaginasi- Jangan cuba bayangkan apa yang orang lain fikir mengenai setiap kenyataan anda. Biarkan mereka yang membuat keputusan samaada bersetuju ataupun tidak.
Keyakinan- Bina keyakinan diri sendiri secara berperingkat.
Perwatakan- Cuba lakonkan seperti anda sebenarnya tidak berasa malu. Pasti lama-kelamaan anda akan terbiasa dengan sesuatu situasi itu.
32 Responses to 7 cara menghilangkan perasaan malu
Leave a Reply Cancel reply
langgani kami sekarang
top5reason- Kesan bersenam dengan perut kosong vs penuh! Mana lagi bahaya?
- Ada apa dengan universal studio singapore?
- Apakah kesan sekiranya anda mengambil vitamin c secara berlebihan? Lelaki wajib baca.
- Adakah anda cukup matang?
- Kenapa kita tidak boleh minum berdiri?
- 5 konflik percintaan yang biasa terjadi? Macam tajuk lagu pulak kan. hehe
- Sakit gusi tanda mati pucuk?? ayokkkkk…..
- Sebab utama kenapa lelaki tak perlu beli kemeja 100% cotton
- Apakah kesan sekiranya seorang lelaki membuatkan wanita ketawa? fakta atau auta? he….
- Amaran!! Pastikan anak, adik, atau orang terdekat anda tidak bermain permainan ini
koleksi artikel
- Notis: segala maklumat atau info yang ditulis didalam blog top5reason.com adalah 100% asli. Kami tidak pernah mengamalkan copy paste 100% daripada mana-mana website lain. Segala hakcipta didalam website ini adalah terpelihara dibawah akta

Creative Commons Attribution 3.0 Unported License. PERHATIAN!!
Setiap komen top akan cuba balas. So rajin-rajin la check email anda ok. Semoga kita sama-sama boleh jadi kawan. Peace yawww.....






Oh, begitu ke? mulai hari ni, kena belajar aa. hehe
yup… malu pn sbenanya perlu ade latihan n blaja mcmne cre nk atasi malu
sy sorang pompuan, tp sy ade mslh terlampau malu bila ade lelaki… tp, kalau bab kene bt pembentangan kt depan klas, sy mmg ok…cume bila sy dapat sekumpulan dgn llaki, sy jd pendiam n malu nk bcakap… plisss bantulah sy…
mungkin anda memerlukan latihan….. sifat malu perlu ada tetapi kalau malu yang menghalang untuk kemajuan diri haruslah dielakkan
sa harap nie dapat mmbantu sa….
selamat mencuba ok
sy pun ada malu terlampau,sy slalu risau dlm pergaulan.dan gugup dgn orang len trutamanya perempuan.tlonglah saya.
cuba cari keyakinan diri dulu…. baru dapat atasi perasaan malu…
dulu sy tade la malu sgt, tpi lama kelamaan malu sy ni mnjadi-jdi. knpe aa?
mungkin disebabkan kurang keyakinan terhadap diri sendiri….. cuba bina keyakinan diri ok
adakah kwn dgn bdk pemalu kita pun akn terikut sekali?
tak rasanya… die bergantung kat diri sendiri jugak…
bagus la blog nie… banyak bagi tips2 yg berguna
bagus la blog nie.. byk bagi tips berguna
aku buat ape2 pn jadi malu..penyakit ape ni??hehe
kene usaha untuk tambah keyakinan diri ok
Sy sorang gdis yg aktif, tp, bile depan orang ramai, sy jd malu, sjak bgku sekolah lg, sy dah biase brdiri di khalayak ramai, xkire solo ataupn kumpulan, tapi, sambil sekarang, sy xblh control rase malu 2,, dan sy akan masuk alam ipt, cm ne sy nk cntr0l mlu ble buat pbentangan nanti?
cuba amalkan tips yang diberikan ok
trebaek!! thanks share..
wellcome
malu jgk kt ofis klu ade staff bru..haha
haha…. malu tu bagus jugak sebenarnya, tapi jangan keterlaluan sangat ok
Actually, sy tak malu nak pergi buat pembentgn di dpan just semenjak ada jerawat ni, malu yg teramat sgt smpai cover muka dgn kertas masa buat presentation. Huh
amboi, samapi begitu sekali… haha… ala biakan je, ade jerawat barula nampak matang kn? kikiki
[...] lihat sini! [...]
saya ada sifat pemalu melampau .. sekarang dah setahun duduk rumah menganggur .. taknak kerja , sebab bila saya dah kumpul keyakinan nak gi interview kerje , tibe2 saya jadi kecut perut .. lepastu nnt saya pusing2 kat tmpt kerja saya , pastu sy terus balik rumah .. mungkin sbb dari kecik sy slalu diejek tak kire dengan kawan atau family yg sy ni gemok .. so mental sy dah terbiase untuk sentiasa down ..saya tak reti nak berkawan , so sy mmg xde kawan ..
erm, sebenar top5 banyak jugak dengar perkara macamni terjadi. Tapi adik mesti tau keyakinan diri ni kita sendiri perlu latih.. jangan terlalu merendah diri.. Mungkin adik rasa diri adik serba serbi kekurangan tapi top5 yakin disebalik kekurangan adik tu mesti ada sesuatu yang bernilai. adik perlu bina keyakinan diri. dan adik perlu ingat, setiap manusia yang diciptakan pasti ada tujuan. tuhan tidak mencipta sesuatu itu menjadi sia-sia. So top5 harap adik latih untuk bina keyakinan diri dan top5 tahu adik boleh. gud luck
mungkin dapat membantu http://www.top5reason.com/index.php/4-cara-mudah-untuk-membina-keyakinan-diri/
sy kurang yakin.sebelum sy pergi interview mcm2 preparation sy buat tp lastly bila jmpa penemuduga semuanya hilang dan blank.akhirnya sy gagal.bagaimana sy nak mengatasinya
sy mmg btul2 seorg yg pemalu..kalo ade tetamu dtg ke rumah. kompem sy msuk blik..dan,sy mmg x pndai nk b’ckap atau nk menyembang dgn owg luar sehingga kn kalo sy b’ckp,sy akn ckp p’kataan yg merepek dan m’buat kn sy lg rasa malu tu membuak-buak. mcm mne ne nk atasi…? sy selalu m’yalah kn dri sndiri sbb sy x mcm owg lain. pelik skit. prasaan malu tu mmg dr kcil tau. kdg2 rse nk m’jerit pon ade ..
first day,sy keje kn..sume owg tanye sy..”adik,ok ke” ..sbb,sy diam jeee..dowg yg dlm tu sume je jnis peramah..kalo dowg tnye,bru sy jwb..ya allah,sy btul2 x tau nk bwat..malu sy terlebih-lebih,,kwn2 sy pon ade ckp,sy ne malu x b’tempat. sy nk bwat mcm mne,da mmg sikap malu sy tu dtg sndiri,mmg sy x mntk pon..
mcm mne klau kte nk bina keyakinan diri?