6 topik yang selalu diluahkan dalam facebook berdasarkan kajian psikologi

akibat duduk terlalu lamaSeperti yang anda semua ketahui, setiap manusia membawa perwatakan yang berbeza-beza. Begitu juga dengan cara mereka berkomunikasi didalam laman sosial. Untuk artikel kali, top5 akan nyatakan 6 topik yang selalu diluahkan didalam facebook berdasarkan kajian psikologi. Pasti salah satu topik yang akan dinyatkan berkait dengan anda.

Persaingan- Kebanyakan pengguna fb suka menyatakan mengenai pesaing dalam halaman mereka. Luahan ketidak puasan hati terhadap pesaing adalah menjadi tajuk utama. Lebih daripada 70% yang gemar menjadikan perkara ini sebagai topik adalah wanita

Bercerita tentang diri sendiri- Perkongsian sudah menjadi trend untuk masa kini. Ramai yang selesa untuk berkongsi apa yang mereka sedang lalui. Mungkin masyarakat sekarang lebih bersikap terbuka.

Pendapat politik- Laman sosial juga sering digunakan untuk meluahkan pendapat fahaman politik seseorang. Lebih daripada 75% yang suka menjadikan topik ini sebagai isu adalah lelaki. Mungkin cara ini adalah terbaik untuk mereka mencari pengikut yang tersendiri.

Menunjuk- Laman sosial juga adalah merupakan salah satu tempat paling mudah untuk mereka menunjuk sesuatu barangan yang mereka miliki. Mungkin cara ini dapat memberikan mereka kepuasan peribadi.

Berhubung bersama rakan- Walaupun tujuan utama laman sosial dibangunkan adalah untuk memudahkan komunikasi anda bersama rakan, tetapi kajian menunjukkan bahawa kurang daripada 40% menjadikannya sebagai tujuan utama.

Agama- Ada sesetengah pihak yang bijak untuk menggunakan laman sosial  sebagai tempat untuk penyebaran agama. Tetapi peratus pengguna fb yang melakukannya adalah amat rendah.

jika ada tambahan, boleh nyatakan diruangan komen ok :)

Tagged with:
 

One Response to 6 topik yang selalu diluahkan dalam facebook berdasarkan kajian psikologi

  1. ina says:

    melepaskan kemarahan @ meluahkan perasaan yang tak terluah secara realiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge