6 rahsia kebahagiaan dalam hubungan rumahtangga
Bukan mudah untuk mengekalkan sesuatu kebahagian di dalam rumah tangga. Ini kerana ia melibatkan tentang dua perasaan, yang memerlukan pengorbanan yang banyak untuk membahagiakan diri sendiri dan juga orang yang berada disisi. Jadi, apakah rahsia untuk hubungan yang telah terjalin berpuluh-puluh tahun lamanya untuk kekal bahagia?
(1) Kejujuran- Faktor ini adalah merupakan aspek penting di dalam sesuatu kebahagiaan hubungan rumah tangga. Pada kebiasaannya, pasangan yang berasa teraniaya atau dianiaya akan menyimpan dendam dalam setiap penipuan yang telah dilakukan. Masalah ini akan berbalas-balas sehingga menjadi punca keretakan didalam sesuatu hubungan.
(2) Hormat- Semua manusia yang hidup di muka bumi ini suka apabila diri mereka dihormati. Begitu juga dalam hubungan rumah tangga, suami menghormati isteri, dan isteri pula menghormati suami. Selagi perasaan hormat-menghormati ini menebal dalam diri, pasti tiada masalah untuk sesuatu pasangan untuk mengekalkan kebahagiaan mereka.
(3) Cinta- Apabila menyebut soal cinta, ia adalah satu perkara yang subjektif yang sukar untuk diterjemahkan. Cinta juga mungkin boleh disamaertikan dengan pengorbanan. Sekiranya anda betul-betul mencintai pasangan, sudah pasti anda akan sanggup untuk berkorban demi kebahagiaan mereka. Kebahagian yang pasangan anda miliki pula akan menjadi kebahagian untuk diri anda.
(4) Sabar- Sifat pemarah adalah merupakan faktor utama yang menjadi punca dalam keretakan sesuatu hubungan. Anda perlu belajar untuk bersabar. Lakukan sesuatu dengan pertimbangan yang waras dan bukannya apabila dipengaruhi oleh emosi.
(5) Komunikasi- Pasti anda semua menyetujui jika kami menyatakan bahawa lebih banyak mendengar adalah lebih baik berbanding lebih banyak bercakap. Berikan sepenuh perhatian apabila pasangan anda meluahkan perasaan untuk mereka merasakan diri mereka dihargai. Seseorang yang merasakan diri mereka dihargai akan tahu untuk menghargai orang lain.
(6) Memahami- Apabila isteri anda seorang yang pemarah, anda perlu banyak bersabar. Bukannya anda juga turut serta untuk berasa marah. Apabila anda sudah memahami pasangan anda, ia juga bermakna anda akan mampu untuk bertolak ansur terhadap pasangan dalam apa jua situasi sekalipun. Tolak ansur juga penting dalam kebahagiaan rumah tangga.
kepada yang sedang berduka lara tu, anda pasti akan mengecapi kebahagian pada masa akan datang… peace :p
langgani kami sekarang
top5reason- Antara makan buah vs minum jus buah yang mana lebih baik?
- Ciri-ciri lelaki seksi dimata wanita
- trend cermin mata terkini 2012
- video bayi kena dera
- tanda lelaki buaya darat
- Siapa joseph kony?
- kekasih membunuh diri?
- Apa benda la pulak lgbt ni?
- 3 punca utama pasangan bergaduh
- Adakah wanita lebih baik dari lelaki ?
top5reason
- Notis: segala maklumat atau info yang ditulis didalam blog top5reason.com adalah 100% asli. Kami tidak pernah mengamalkan copy paste 100% daripada mana-mana website lain. Segala hakcipta didalam website ini adalah terpelihara dibawah akta

Creative Commons Attribution 3.0 Unported License. komen di top5reason
top5 { yeke? sebab die pemalu kot.. hehe } – May 19, 3:32 PM
nur balqis { napew laki dia mesti x nak bagi tau pompuan tu dia suke pompuan tu } – May 19, 2:08 PM
top5 { oo.... pacaran pun bisa buat jerawat tumbuh ya? haha... selamat mencuba ok
} – May 19, 1:47 PMerni { Mesti di coba tuh.. Akhir2 ini aqu pacaran malah nambah jerawat dimana2. . . *Akhirnya aqu putusin lah cowok tuh, biar jerawat aqu sembuh +_#... } – May 18, 6:17 PM
top5 { yeah..... gud gurl, gud luck ok
} – May 18, 12:00 AMaiisya { tq amnan..harap2 gtu la..sy akn cuba fokus on study..isya'allah jodoh xkemana kn? psl lect 2, sy xkn ambil port dah..sy xnk jd angkt bakul sendiri..loll } – May 17, 9:38 PM
top5 { haha.. tapi jangan risau, ramai lagi lelaki yang setia ok :p } – May 17, 1:50 AM
top5 { i'allah, doa banyak-banyak ok
} – May 17, 1:49 AMtop5 { amboi, garangnya dia.. haha :p } – May 17, 1:49 AM
top5 {
} – May 17, 1:48 AMtop5 { respon sudah dibalas.. hehe } – May 17, 1:48 AM






