6 prinsip sains yang sering di lihat dalam kehidupan seharian
Entropy- Tanpa peti ais atau alat pendingin yang lain, pasti agak sukar untuk seseorang menikmati milo ais. Terutamanya penduduk malaysia yang cuacanya agak panas. Pasti rakyat malaysia akan minum milo suam sahaja. Pada dasarnya, prinsip entropy adalah mengenai tenaga yang dikenakan yang akan menyebabkan pergerakan molekul. Sebagai contoh, persekitaran peti ais yang sejuk akan menyebabkan pergerakan terhadap molekul milo suam. Dan ini akan membuatkan milo yang suam tadi akan turut sejuk.
Kesan rumah hijau- Anda seharusnya tidak perlu berada di dalam atau berhampiran dengan rumah hijau untuk merasai kesannya. Ia akan berlaku dalam kehidupan seharian tanpa disedari. Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang. Sebagai contoh, rumah anda masih berasa panas walaupun keadaan cuaca diluar sejuk. Ini berkemungkinan disebabkan haba daripada cahaya matahari yang terperangkap di dalam rumah.
Doppler effect- Apabila anda mendengar siren ambulans, kereta polis, atau kenderaan kecemasan yang lain, pasti anda perasan terhadap perubahan pitch siren, ia menjadi lebih tinggi apabila semakin dekat, kemudian akan turun apabila semakin jauh. Apa yang anda dengar adalah hasil dari pergeseran dalam frekuensi gelombang suara sekitar objek, yang lebih umum dikenali sebagai kesan Doppler.
Prinsip bernoulli- Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimanakah sebuah pesawat yang berat mampu untuk terbang tinggi di udara? Ia memang agak mustahil sehinggalah prinsip ini diperkenalkan. Secara kasarnya, prinsip ini bermaksud tekanan dari suatu bendalir (cecair atau gas) menurun apabila kelajuan bendalir meningkat. Bentuk sayap pesawat direka untuk menghasilkan tekanan yang lebih besar pada bahagian bawah. Ini akan menghasilkan daya tujah yang membolehkan pesawat itu terbang. Ini adalah penerangan secara ringkas sahaja.
Pembiasan cahaya- Secara ringkas, pembiasan cahaya bermaksud cahaya yang dipesongkan apabila bergerak secara serong melalui medium yang berbeza. Cahaya yang bergerak lurus melalui medium yang berbeza tidak dibiaskan. Sebagai contoh yang sering di alami dalam kehidupan seharian adalah penyedut minuman akan kelihatan seperti bengkok apabila dimasukkan kedalam air.
Tarikan graviti- Setiap objek yang dibaling ke atas pasti akan jatuh. Graviti adalah daya yang menarik sesuatu objek ke bumi. Disebalik objek yang anda lihat jatuh, terdapat prinsip sains yang terselindung iaitu tarikan graviti.
langgani kami sekarang
top5reason- Kesan bersenam dengan perut kosong vs penuh! Mana lagi bahaya?
- Ada apa dengan universal studio singapore?
- Apakah kesan sekiranya anda mengambil vitamin c secara berlebihan? Lelaki wajib baca.
- Adakah anda cukup matang?
- Kenapa kita tidak boleh minum berdiri?
- 5 konflik percintaan yang biasa terjadi? Macam tajuk lagu pulak kan. hehe
- Sakit gusi tanda mati pucuk?? ayokkkkk…..
- Sebab utama kenapa lelaki tak perlu beli kemeja 100% cotton
- Apakah kesan sekiranya seorang lelaki membuatkan wanita ketawa? fakta atau auta? he….
- Amaran!! Pastikan anak, adik, atau orang terdekat anda tidak bermain permainan ini
koleksi artikel
- Notis: segala maklumat atau info yang ditulis didalam blog top5reason.com adalah 100% asli. Kami tidak pernah mengamalkan copy paste 100% daripada mana-mana website lain. Segala hakcipta didalam website ini adalah terpelihara dibawah akta

Creative Commons Attribution 3.0 Unported License. PERHATIAN!!
Setiap komen top akan cuba balas. So rajin-rajin la check email anda ok. Semoga kita sama-sama boleh jadi kawan. Peace yawww.....





