6 perkara yang anda perlu tahu mengenai tidur

Hasil daripada penyelidikan telah mendapati bahawa setiap bau baru, terutamanya bau yang berkaitan dengan relaksasi, seperti lavender, boleh membuat anda lebih mudah untuk terjaga. Lebih baik memilih aroma yang membuat anda merasa aman dan nyaman. Ada sesetengah pendapat menyatakan mereka lebih suka kepada bau semulajadi seperti bau pasangan anda, bau persekitaran dan sebagainya.

Seseorang akan berharap untuk tidur selama lapan jam secara padat, tapi itu sebenarnya tidak normal berbanding dengan penduduk global dan sejarah evolusi manusia sendiri. Mereka secara semulajadinya akan mengalami bangun dua atau tiga kali semalam. Hal ini amat membimbangkan adakah ianya satu masalah atau memang merupakan fitrah manusia.

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti hanya akan menggunakan satu selimut sahaja. Ini untuk menunjukkan keserasian mereka. Tetapi anda dinasihatkan untu menyediakan dua. Sekiranya anda tertarik selimut pasangan anda masih ada lagi satu selimut yang mampu untuk melindunginya dari kesejukan. Ini juga untuk mengelakkan pergaduhan dan tidak menunjukkan kepentingan hanya untuk diri sendiri sahaja.

Menonton televisyen sebelum tido mungkin nampak santai dan untuk berehat, tetapi ia sama sekali tidak merehatkan otak anda. Keadaannya sama jika anda baca buku sebelum tidur.

Mandi air panas akan meningkatkan suhu kulit anda, secara tidak langsung ia akan menurunkan suhu badan teras anda. Pastikan anda mandi setengah jam atau lebih sebelum tidur untuk mendapatkan tidur yang selesa.

Lampu yang mempunyai warna biru atau hijau boleh menolak pengeluaran melatonin anda, yang membuat anda akan menghadapi kesukaran untuk tidur. Jika anda perlu juga menggunakan cahaya, pilih warna biru perlahan atau warna lembut.

 

2 Responses to 6 perkara yang anda perlu tahu mengenai tidur

  1. [...] kebiasaannya, keinginan lelaki yang berusia awal 20-an untuk melakukan seks melebihi daripada minat tidur, tambahan pula jika baru saja melalui gerbang perkahwinan. Namun, apabila umur semakin bertambah, [...]

  2. [...] halus pada kulit dengan sendiriya. Pakar juga menasihatkan supaya vitamin ini diambil pada waktu malam untuk mendapat kesan yang lebih baik. Antara contoh makanan yang mengandungi vitamin C adalah [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge