6 makanan paling baik untuk masalah perut buncit

Cendawan- Cendawan sangat bagus untuk pembakaran lemak kerana ia merupakan satu-satunya sumber tanaman semulajadi untuk penghasilan vitamin D yang berfungsi sebagai nutrisi penting untuk menyerap kalsium. Seseorang yang kekurangan vitamin D pada kebiasaannya akan memiliki lebih banyak lemak terutamanya pada bahagian perut.

Pisang- Kandungan kadar kalium yang tinggi dalam buah pisang membantu untuk membuang lebihan berat air yang berada di dalam tubuh anda. Apabila tubuh anda mempunyai terlalu banyak natrium, secara semulajadi ia akan menyimpan air sebanyak yang boleh di dalam tubuh. Jadi, dengan menggantikan kalium, ia akan memerah keluar air tambahan. Sumber lain untuk anda mendapatkan kalium termasuk betik, kentang dan limau.

Teh hijau- Ia mengandungi sebatian yang mampu meningkatkan tahap metabolisme seseorang, untuk memudahkan proses pembakaran lemak. Penyelidik di Switzerland mendapati bahawa peminum teh dapat membakar 226 kalori setiap hari berbanding orang yang tidak meminumnya. Malangnya, 1 cawan saja belum cukup, sekurang-kurangnya anda perlu mendapatkan antara 4-5 cawan setiap hari untuk melihat hasilnya.

Telur- Ianya mengandungi kadar vitamin B12 yang tinggi, penting untuk proses penghancuran lemak. Selain itu juga, ia turut mengandungi protein yang akan membuatkan anda berasa kenyang. Ini akan membantu terhadap diet pemakanan anda.

Peanut butter- Kandungan niacin yang berada didalamnya akan menjaga saluran sistem pencernaan dengan baik. Tetapi, ia juga mengandungi banyak lemak. Jangan sesekali mengambilnya lebih daripada 2 sudu pada setiap hari.

Kacang/Almonds- Hasil kajian di Purdue Universiti menunjukkan seseorang yang memakan kacang akan berasa kenyang lebih lama berbanding orang yang memakan nasi. Ini dapat membantu untuk anda menghadkan jumlah pengambilam makanan yang anda ambil setiap hari.

8 Responses to 6 makanan paling baik untuk masalah perut buncit

  1. ronniezal says:

    baru ku tahu ada tip macam ani jua thank you

  2. roy says:

    ooo…pisangg..patut le..monyet slimmm river

  3. Aeylis Ryana says:

    telur pun bleh kasi slimm….telur goreng kha tlur rebus…

  4. Adaa says:

    Memang best tips ni..saya suka sgt mkn cendawan tapitak tahu pulak yang cendawan membantu atasi masalah perut buncit. ramai org kata vitamin e buat org jadi gemuk, tgk, sebenarnya ia membantu penghancuran lemak kan..mmg terbaekk
    Adaa recently posted..Testimoni: Luka bersalin baik sepenuhnya dalam 8 hari, berpantang dengan Shaklee~My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge