6 fakta yang mengejutkan mengenai punca sakit belakang

Duduk terlalu lama- Walaubagaimana mahal pun kerusi yang anda beli, anda pasti akan sakit belakang sekiranya duduk dalam jangka masa yang panjang tanpa berehat. Duduk bukan sahaja mengurangkan aliran darah, malah ia meningkatkan lagi tekanan sebanyak 30 peratus terhadap bahagian belakang anda. Untuk mengelakkan kesakitan, anda dinasihatkan untuk berdiri sebentar di setiap sejam anda duduk. Ini dapat mengurangkan risiko anda daripada mendapat sakit belakang.

Kasut- Bagi pemakaian kasut tumit tinggi untuk wanita, setiap kali berjalan akan memberi lebih tekanan terhadap lutut, pinggul dan punggung anda. Ia juga akan merubah struktur tubuh anda dan akan menyebabkan berat badan anda tidak dapat diratakan di bahagian belakang badan. Ketidstabilan ini akan menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang. Sekiranya masih berminat untuk memakai kasut tumit tinggi, anda dinasihatkan untuk memakai kasut bertumit yang tidak melebihi daripada 3 inci. Selain daripada itu, kasut yang  sekata/flat juga perlu dipilih dengan bijak. Pastikan kasut yang sekata/flat mempunyai penyerap hentakan ketika anda berjalan. Ini berkemungkinan dapat mengurangkan kesakitan belakang.

Smartphone/tablet- Alatan berteknologi juga boleh menjadi punca sakit belakang. Pada masa kini, hampir setiap masa manusia menggunakan alatan berteknologi seperti ipads, laptop atau smartphone. Posisi kepala yang menunduk ke bawah ketika menggunakan alatan berteknologi ini akan menyebabkan ketegangan otot pada bahagian leher, dan kesakitan ini boleh merebak sehingga ke bahagian belakang badan anda. Ketika menggunakan alatan ini, pastikan anda sering berehat sebentar dengan memandang lurus kehadapan atau meletakkan alatan ini pada sudut selari dengan mata anda yang tidak memerlukan anda menunduk ke bawah.

Berat badan berlebihan- Walau hanya membawa beberapa inci bebanan pada bahagian tengah tubuh, seperti perut buncit atau mengandung, ia akan menyebabkan pelvis(tulang punggung) anda ke hadapan dan akan terkeluar daripada penyelarasan sebenar tubuh badan. Tubuh badan akan bekerja dengan sendirinya untuk menstabilkan keadaan tubuh. Ini akan menyebabkan ketegangan otot dan sakit belakang. Hasil daripada kajian untuk masalah perut buncit, anda dinasihatkan untuk mendapatkan 3 hidangan atau lebih gandum setiap hari. Ini kerana ia dapat membantu mengurangkan 10% lemak pada bahagian perut anda.

Kesibukan- Otot boleh menegang ketika anda kepenatan dan juga stress. Stress akan meningkatkan pengeluaran hormon kortisol, yang meningkatkan keradangan dan boleh menyebabkan anda berasa sakit. Mereka yang sering stress juga akan mengalami kesukaran untuk sembuh daripada sakit belakang. Dengan membuat senaman ringan seperti berfikir sambil berjalan boleh membantu meringankan kesakitan belakang dan mengurangkan stress. Kesibukan anda dalam seharian bekerja akan menyebabkan anda berasa sakit belakang adalah kerana otot anda sentiasa berada dalam keadaan tegang.

Pemilihan baju dalam yang salah- Bagi wanita yang mempunyai payudara yang lebih besar, mereka akan membawa berat yang berlebihan pada bahagian depan berbanding wanita yang mempunyai payudara yang lebih kecil. Ini akan menyebabkan keadaan tubuh membongkok dan menyakitkan otot pada bahagian leher dan belakang. Pemilihan baju dalam yang betul dapat memberikan sokongan yang tepat pada tubuh dan akan meminimumkan tubuh badan daripada membongkok ke depan. Ini dapat untuk mengelakkan kesakitan pada bahagian belakang. Hasil daripada kajian, ramai wanita sering mengalami masalah sakit belakang adalah berpunca daripada pemilihan baju dalam yang salah.

 

 

 

top

nama top dipilih bukan sebab aku seorang kipas susah mati K-POP, tetapi secara kebetulan dengan nama blog ni, jadi aku memilih untuk menggunakan nama samaran top. kalau guna AKU macam tak rare (tak nak bagi alasan kalau guna nama panggilan AKU terasa agak kasar sebab jawapan yang agak cliche)

2 thoughts on “6 fakta yang mengejutkan mengenai punca sakit belakang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge