6-Ways-to-Feel-Closer-Right-Now-2-sl

6 fakta mengenai sex selepas usia anda mencecah 50 tahun

t5 membuat artikel ini adalah untuk memperbetulkan mentaliti pembaca mengenai perhubungan intim selepas usia 50 tahun. Ramai yang selama ini keliru samaada masih adakah keinginan untuk melakukannya walaupun sudah berusia. Tidak dapat dinafikan, t5 juga telah terpengaruh daripada khabar angin yang dilakukan sebelum ini. Di sini t5 akan menyenaraikan mengenai mitos dan fakta yang sebenarnya mengenai perkara ini. Diharap artikel ini mampu untuk memberi suatu pemikiran baru kepada anda.

Mitos- Orang yang berusia 50 tahun kurang berminat terhadap seks.
Fakta- Sebenarnya usia tidak mempengaruhi keinginin seksualiti seseorang. Sebaliknya orang yang lebih berusia memandang seks itu lebih tehadap keseluruhan perhubungan berbanding orang muda yang hanya memfokuskan terhadap perlakuannya. Hasil kajian daripada A National Council on Aging survey mendapati bahawa, pasangan yang berusia lebih daripada 60 tahun dan mempunyai hubungan yang tetap menyatakan, mereka berasa lebih puas berbanding ketika melakukannya pada usia 40 an.

Mitos- Faktor emosi dan psikologi mempengaruhi keinginan wanita pada usia pertengahan.
Fakta- Faktor fizikal memainkan peranan yang lebih besar berbanding emosi. Perubahan hormon semasa menopaus boleh mempengaruhi tindak balas seksual seorang wanita. Paras estrogen yang rendah boleh menyebabkan kekeringan faraj, menyebabkan ketidakselesaan semasa seks. Dan pada sesetengah wanita, paras testosteron yang lebih rendah boleh bermaksud kekurangan tenaga untuk melakukannya. Sebahagian wanita menyatakan keinginan mereka terhadap seks meningkat selepas putus haid.

Mitos- Wanita tidak akan mencapai kepuasan selepas usia pertengahan.
Fakta- Ramai wanita yang bersetuju bahawa mereka lebih merasa kepuasan selepas putus haid.

Mitos-  Lelaki berusia pertengahan tidak dapat mencapai klimaks disebabkan faktor emosi.
Fakta- Sebenarnya, faktor fizikal lebih mempengaruhinya seperti masalah peredaran darah, ganguan prostat, atau kesan sampingan daripada ubat tenaga batin yang diambil. Faktor fizikal mempengaruhi sebanyak 85% berbanding emosi.

Mitos- Pasangan di usia pertengahan yang tidak mempunyai hubungan seks yang kerap disebabkan kekurangan minat antara satu sama lain.
Fakta- Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa pasangan pada usia pertengahan yang jarang melakukan seks adalah disebabkan penyakit atau ketidakupayaan dan bukannya disebabkan kekurangan minat.

Mitos- Lelaki yang berusia lebih sukar untuk terangsang.
Fakta- Penuaaan tidak menyebabkan mati pucuk. Walau bagaimanapun, tahap hormon yang berkurangan menyebabkan beberapa perubahan. Seorang lelaki mungkin perlu lebih banyak ransangan fizikal untuk menjadi terangsang berbanding ketika usia muda. Tetapi ia sebenarnya tidak mempengaruhi keinginan lelaki terhadap seks.

top

nama top dipilih bukan sebab aku seorang kipas susah mati K-POP, tetapi secara kebetulan dengan nama blog ni, jadi aku memilih untuk menggunakan nama samaran top. kalau guna AKU macam tak rare (tak nak bagi alasan kalau guna nama panggilan AKU terasa agak kasar sebab jawapan yang agak cliche)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge