6 cara menarik perhatian wanita
Jika sebelum ini t5 telah mengeluarkan artikel mengenai cara menarik perhatian lelaki, untuk kali ni, kami akan menulis artikel mengenai cara menarik perhatian wanita pula. Pasti setiap lelaki didunia akan berusaha untuk menarik perhatian wanita terutamanya terhadap wanita yang mereka suka. Tetapi mungkin anda tidak tahu cara yang terbaik untuk menarik perhatian mereka. Diharap cara ini dapat membantu untuk menyelesaikan segala tandatanya yang bermain difikiran anda.
(1) Jadi diri sendiri- Untuk menarik perhatian seseorang wanita, anda tidak perlu berusaha untuk menjadi orang lain. Cubalah menjadi diri anda yang sebenar. Ia kerana tarikan utama seseorang wanita adalah untuk melihat siapa diri anda dan bukannya diri orang lain.
(2) Mengawal situasi- Sememangnya adalah tanggungjawab seorang lelaki untuk mengawal sesuatu situasi itu. Untuk berjaya mengawal situasi, anda memerlukan perancangan. Rancang perkara apa yang akan dilakukan apabila anda keluar bersama dengan seseorang wanita. Ia secara tidak langsung akan menarik perhatian mereka.
(3) Jadi seorang yang misteri- Ramai lelaki yang melakukan kesalahan apabila menceritakan semua mengenai diri mereka apabila pertemuan kali pertama. Anda sepatutnya tidak perlu menceritakan semua, jadi lelaki yang sedikit misteri. Ini kerana ia akan membuatkan keinginan untuk wanita mengetahui mengenai diri anda akan bertambah dan secara tidak langsung anda sebenarnya telah menarik perhatian mereka.
(4) Mempunyai kehidupan yang sendiri- Jangan sesekali apabila anda sudah ada teman wanita, anda menghabiskan sepenuh masa bersamanya. Kerana ia sebenarnya langsung tidak menarik perhatian mereka. Lalui kehidupan anda yang sendiri seperti keluar bersama rakan, keluarga, dan sebagainya. Cara ini juga adalah terbaik untuk mengelakkan daripada rasa bosan.
(5) Jadi seorang yang sukar dijangka- Wanita sememangnya suka akan kejutan. Jangan sesekali biarkan mereka dapat menjangkakan tindakan anda terhadap satu-satu situasi itu. Biarkan mereka terkejut dan perkara itulah sebenarnya yang menarik perhatian mereka.
(6) Bersikap santai- Anda seharusnya tidak patut kelihatan seperti seorang lelaki yang terdesak, sebaiknya anda bersederhana sahaja didalam perhubungan. Walaupun anda terlalu menyayangi seseorang wanita sekalipun, tidak perlulah anda terlalu berusaha kearahnya. Kerana ia akan membuatkan mereka kurang untuk menghargai anda. Menjadi lelaki yang sederhana akan lebih menarik perhatian wanita.
langgani kami sekarang
top5reason- Kesan bersenam dengan perut kosong vs penuh! Mana lagi bahaya?
- Ada apa dengan universal studio singapore?
- Apakah kesan sekiranya anda mengambil vitamin c secara berlebihan? Lelaki wajib baca.
- Adakah anda cukup matang?
- Kenapa kita tidak boleh minum berdiri?
- 5 konflik percintaan yang biasa terjadi? Macam tajuk lagu pulak kan. hehe
- Sakit gusi tanda mati pucuk?? ayokkkkk…..
- Sebab utama kenapa lelaki tak perlu beli kemeja 100% cotton
- Apakah kesan sekiranya seorang lelaki membuatkan wanita ketawa? fakta atau auta? he….
- Amaran!! Pastikan anak, adik, atau orang terdekat anda tidak bermain permainan ini
koleksi artikel
- Notis: segala maklumat atau info yang ditulis didalam blog top5reason.com adalah 100% asli. Kami tidak pernah mengamalkan copy paste 100% daripada mana-mana website lain. Segala hakcipta didalam website ini adalah terpelihara dibawah akta

Creative Commons Attribution 3.0 Unported License. PERHATIAN!!
Setiap komen top akan cuba balas. So rajin-rajin la check email anda ok. Semoga kita sama-sama boleh jadi kawan. Peace yawww.....





