5 rahsia kopi yang perlu anda tahu
Melindungi hati anda- Seorang peminum kopi yang meminum 1 hingga 3 cawan sehari mempunyai kadar yang lebih rendah terkena stroke daripada seorang yang tidak meminum kopi. Kopi mempunyai antioksida lebih daripada hidangan blueberry, dan merupakan sumber terbesar antioksida dalam diet Amerika. Antioksida membantu mengelakkan daripada radang pada arteri. Kesan segera apabila seseorang yang baru sahaja meminum kopi adalah meningkatkan tekanan darah dan degupan jantung, tetapi dalam jangka masa panjang, ia akan menurunkan tekanan darah kerana antioksida kopi akan mengaktifkan oksida nitrik (pelebaran salur darah).
Mengurangkan risiko diabetes- Antioksida yang berada didalam kopi berperanan untuk meningkatkan kepekaan sel-sel anda terhadap insulin (yang membantu mengatur kandungan gula dalam darah). Orang yang minum 4 atau lebih cawan kopi setiap hari mungkin mempunyai risiko lebih rendah menderita diabetes jenis 2, menurut beberapa kajian. Hasil daripada penyelidikan lain menunjukkan bahawa kafein boleh mengurangkan sensitiviti insulin, anda dinasihatkan untuk meminum kopi yang tidak mengandungi kafein sesekali.
Kanser- Salah satu hasil analisis daripada sembilan kajian menunujukkan bahawa setiap peningkatan 2-cawan kopi setiap hari dapt mengurangkan risiko kanser hati sebanyak 43 peratus. Ini adalah kerana kandungan kopi yang mempunyai asid klorogenat dan caffeic, manakala kafein pula membantu untuk mencegah keradangan hati dan menghalang sel-sel kanser.
Meningkatkan kekuatan otak- Sebahagian besar hasil daripada kajian menunjukkan dengan meminum antara 1 hingga 5 cawan sehari boleh membantu mengurangkan risiko demensia,penyakit Alzheimer dan Parkinson. Ejen antioksida yang terkandung dalam kopi dapat mencegah kerosakan sel otak dan membantu neurotransmitter yang terlibat dalam fungsi rangsangan otak untuk bekerja dengan lebih baik.
Membantu mengurangkan sakit kepala- Kajian menunjukkan bahawa 200 miligram kafein dapat memberikan bantuan daripada sakit kepala termasuk migrain. Tetapi fakta mengenai bagaimana kafein mengurangkan sakit kepala tidak jelas. Walaubagaimanapun para saintis mengetahui bahawa kafein meningkatkan aktiviti sel-sel otak, menyebabkan sekitar pembuluh darah menyempit. Salah satu teori lain menyatakan penyempitan ini membantu untuk meringankan tekanan yang menyebabkan anda berasa sakit, kata Robert Shapiro, MD, Ph.D., profesor neurologi dan pengarah Klinik Sakit kepala di University of Vermont Medical School.
4 Responses to 5 rahsia kopi yang perlu anda tahu
Leave a Reply Cancel reply
langgani kami sekarang
top5reason- Antara makan buah vs minum jus buah yang mana lebih baik?
- Ciri-ciri lelaki seksi dimata wanita
- trend cermin mata terkini 2012
- video bayi kena dera
- tanda lelaki buaya darat
- Siapa joseph kony?
- kekasih membunuh diri?
- Apa benda la pulak lgbt ni?
- 3 punca utama pasangan bergaduh
- Adakah wanita lebih baik dari lelaki ?
top5reason
- Notis: segala maklumat atau info yang ditulis didalam blog top5reason.com adalah 100% asli. Kami tidak pernah mengamalkan copy paste 100% daripada mana-mana website lain. Segala hakcipta didalam website ini adalah terpelihara dibawah akta

Creative Commons Attribution 3.0 Unported License. komen di top5reason
top5 { yeke? sebab die pemalu kot.. hehe } – May 19, 3:32 PM
nur balqis { napew laki dia mesti x nak bagi tau pompuan tu dia suke pompuan tu } – May 19, 2:08 PM
top5 { oo.... pacaran pun bisa buat jerawat tumbuh ya? haha... selamat mencuba ok
} – May 19, 1:47 PMerni { Mesti di coba tuh.. Akhir2 ini aqu pacaran malah nambah jerawat dimana2. . . *Akhirnya aqu putusin lah cowok tuh, biar jerawat aqu sembuh +_#... } – May 18, 6:17 PM
top5 { yeah..... gud gurl, gud luck ok
} – May 18, 12:00 AMaiisya { tq amnan..harap2 gtu la..sy akn cuba fokus on study..isya'allah jodoh xkemana kn? psl lect 2, sy xkn ambil port dah..sy xnk jd angkt bakul sendiri..loll } – May 17, 9:38 PM
top5 { haha.. tapi jangan risau, ramai lagi lelaki yang setia ok :p } – May 17, 1:50 AM
top5 { i'allah, doa banyak-banyak ok
} – May 17, 1:49 AMtop5 { amboi, garangnya dia.. haha :p } – May 17, 1:49 AM
top5 {
} – May 17, 1:48 AMtop5 { respon sudah dibalas.. hehe } – May 17, 1:48 AM







banyak info..saya suka, terima kasih..
truskan menyokong top5 ok..
Saya suke top5 =D
terima kasih