(5) Stroke- Setiap tahun, hasil kajian di Amerika menunjukkan bahawa lebih 50,000 kematian lelaki berpunca daripada stroke. Kajian itu juga turut menunjukkan bahawa 1 daripada 14 mangsa stroke adalah lebih muda daripada umur 45 tahun. Perubahan gaya hidup yang sihat adalah cara terbaik untuk mengurangkan risiko penyakit ini. Antaranya ialah dengan tidak merokok, menjaga pemakanan, melakukan senaman dan sebagainya.
(4) Penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD)- Pada amnya, seseorang individu yang berisiko tinggi menghidapi COPD adalah mereka yang berusia melebihi 40 tahun, sesak nafas apabila melakukan kegiatan dan aktiviti lasak, batuk kronik dan mempunyai sejarah menghisap rokok. Antara tanda-tanda awal adalah kerap batuk, batuk anda berkahak dan lebih mudah sesak nafas berbanding rakan sebaya. Asma tidak termasuk di dalam penyakit ini. 80% penyakit ini berpunca daripada rokok. Kajian juga menunjukkan bahawa melebihi 60,000 laporan kematian bagi lelaki berpunca daripada penyakit ini.
(3) Kemalangan- Kajian juga menunjukkan bahawa kemalangan merupakan punca kematian utama lelaki. Ini berkemunkinan kerana lebih daripada 70% pemandu adalah lelaki. Anda seharusnya memandu dengan lebih berhati-hati kerana ia telah terbukti amat membahayakan nyawa anda dan orang lain.
(2) Kanser- Lebih daripada 300,000 kematian lelaki dicatatkan hasil daripada kajian pada tahun 2010. Kanser paru-paru mendahului senarai, iaitu 29 peratus daripada semua kematian kanser, diikuti dengan kanser prostat (11 peratus) dan kolon / rektum kanser (9 peratus). Kita semua tahu bahawa merokok menyebabkan kanser paru-paru, tetapi punca untuk kanser prostat kurang diketahui. Namun, ia adalah salah satu punca terbesar yang menyebabkan kematian lelaki, 1 daripada 6 orang lelaki berisiko mendapat kanser prostat dan ianya perlu dititikberatkan.
(1) Serangan jantung- Serangan jantung adalah merupakan punca kematian paling utama bagi lelaki. Kajian menunjukkan 1 daripada 3 orang dewasa terutamanya lelaki berisiko terhadap penyakit ini. Lebih daripada 390,000 orang meninggal dunia akibat penyakit ini pada tahun 2007, menurut Persatuan Jantung Dunia.
One Response to 5 punca utama kematian lelaki didunia
Leave a Reply Cancel reply
langgani kami sekarang
top5reason- Kesan bersenam dengan perut kosong vs penuh! Mana lagi bahaya?
- Ada apa dengan universal studio singapore?
- Apakah kesan sekiranya anda mengambil vitamin c secara berlebihan? Lelaki wajib baca.
- Adakah anda cukup matang?
- Kenapa kita tidak boleh minum berdiri?
- 5 konflik percintaan yang biasa terjadi? Macam tajuk lagu pulak kan. hehe
- Sakit gusi tanda mati pucuk?? ayokkkkk…..
- Sebab utama kenapa lelaki tak perlu beli kemeja 100% cotton
- Apakah kesan sekiranya seorang lelaki membuatkan wanita ketawa? fakta atau auta? he….
- Amaran!! Pastikan anak, adik, atau orang terdekat anda tidak bermain permainan ini
koleksi artikel
- Notis: segala maklumat atau info yang ditulis didalam blog top5reason.com adalah 100% asli. Kami tidak pernah mengamalkan copy paste 100% daripada mana-mana website lain. Segala hakcipta didalam website ini adalah terpelihara dibawah akta

Creative Commons Attribution 3.0 Unported License. PERHATIAN!!
Setiap komen top akan cuba balas. So rajin-rajin la check email anda ok. Semoga kita sama-sama boleh jadi kawan. Peace yawww.....






[...] kesan sekiranya anda mengambil vitamin c dalam dos yang berlebihan dengan penyakit batu karang. Ia lebih terdedah kepada kaum lelaki. Kajian yang telah dilakukan oleh Laura Thomas selama 11 tahun terhadap 907 orang lelaki yang kerap [...]