5 perkara yang selalu difikirkan sebelum membeli pakaian
Ini adalah hasil temuramah team top5 kepada rakan2 mngenai apa yang mereka selalu fikirkan sebelum membeli sesuatu pakaian. Dan ini adalah top list daripada jawwapan yang mereka telah berikan.
Warna- Hasil daripada temuramah kepada 100 org, lebih 80% setuju menyatakan pemilihan warna yang sesuai dengan warna kulit adalah perkara terpenting dalam pemilihan sesuatu pakaian. Antara pendapat yang diberikan adalah pada kebisaannya seseorang yang berkulit cerah tidak mempunyai masalah terhadap pemilihan warna. Tetapi masalah akan wujud kepada sesiapa yang berkulit gelap. Mereka dinasihatkan untuk memakai pakaian yang tidak terlalu cerah kerana ini akan menyerlahkan pakaian sahaja dan bukan penampilan si pemakai. Ada juga yang mencadangkan kepada mereka yang berkulit gelap agar memakai warna2 yang berunsur gelap atau berunsur lembut
Bentuk badan- Keputusan juga menunjukkan lebih 75% setuju bahawa pemilihan pakaian mengikut bentuk badan masing2 adalah perkara yang perlu difikirkan sebelum membeli pakaian. Antara pandangan yang telah diberikan ialah antara faktor yang mempengaruhi ramai memilih pekaian yang tidak sesuai dengan bentuk badan ialah apabila terpengaruh dengan pakaian yang diperagakan oleh patung pameran. Keadaan bentuk badan yang direkakan kepada patung adalah mengikut bentuk badan yang cantik. Sesuatu pakaian itu akan nampak cantik apabila dipakaikan kepada patung tetapi belum tentu kepada si pemakai. Antara cadangan2 yang diperolehi adalah pada sesipa yang berbadan kurus dinasihatkan supaya memakai baju yang lebih besar sedikit. Ini dapat membantu untuk menutup bentuk susuk badan daripada dilihat.
Corak- 53% berpendapat bahawa corak juga memainkan peranan dalam pemilihan sesuatu pakaian itu. Ada pelbagai jenis corak yang ada dipasaran pada masa sekarang. Bju yang penuh bergambar penuh dihadapan agak tidak sesuai kepada sesiapa yang berbadan lebih berisi kerana gambar yang penuh akan menampakkan badan menjadi lebih berisi. Mungkin sesispa yang berbadan besar lebih sesuai dipadankan dengan baju yg bergambar lebih kecil. Begitu juga dengan baju yang berjalur menegak lebih sesuai untuk orang yang rendah dan baju yang berjalur melintang lebih sesuai untuk orang yang tiggi. Ini adalah antara beberapa pendapat hasil daripada temuramah yang dijalankan. Kita harus lebih bijak memilih corak yang bersesuaian dengan kita.
Keseimbangan pakaian- lebih 34% menyatakan keseimbangan adalah penting. Keseimbangan yang dimaksudkan oleh hasil temuramah adalah kebanyakannya mengenai aspek keseluruhan pakaian daripada baju hinggalah keseluar. Di antara pendapat yang diberikan ialah mengenai kesesuaian sesuatu warna atau corak pada baju mempengaruhi kepada pemilihan seluar yang bersesuaian. Ada yang berpendapat bahawa seluar yang berwarna gelap tiada banyak masalah untuk dipadankan. Masalah mungkin akan wujud kepada seluar yang cerah. Ada cadangan menyatakan seluar yang cerah lebih sesuai jika dipadankan dengan baju yang cerah atau warna hitam. Berbagai2 pendapat yang kami terima. Tetapi si pemakai harus lebih bijak memilih terhadap kesesuaian pada diri sendiri.
Tujuan- Dan akhir sekali hasil daripada temuramah yang dijalankan adalah lebih 29% menyatakan mereka sering memikirkan mengenai tujuan. Adakah pakaian itu dibeli untuk bersantai?? ke tempat kerja?? majlis rasmi atau sebagainya. Inilah yang dimaksudkan sebagai tujuan sebelum membeli membeli sesuatu pakaian. Ada yang berpendapat ianya penting adalah kerana supaya tidak menjadi perhatian ramai apabila mamakai pakaian yang tidak bersesuaian pada sesuatu keadaan persekitaran. Sekiranya tahu tujuan suatu pakaian itu dibeli, boleh mengelakkan daripada tersalah memilih pakaian.
Ini adalah antara top list yang dapat kami simpulkan.
2 Responses to 5 perkara yang selalu difikirkan sebelum membeli pakaian
Leave a Reply Cancel reply
langgani kami sekarang
top5reason- Kesan bersenam dengan perut kosong vs penuh! Mana lagi bahaya?
- Ada apa dengan universal studio singapore?
- Apakah kesan sekiranya anda mengambil vitamin c secara berlebihan? Lelaki wajib baca.
- Adakah anda cukup matang?
- Kenapa kita tidak boleh minum berdiri?
- 5 konflik percintaan yang biasa terjadi? Macam tajuk lagu pulak kan. hehe
- Sakit gusi tanda mati pucuk?? ayokkkkk…..
- Sebab utama kenapa lelaki tak perlu beli kemeja 100% cotton
- Apakah kesan sekiranya seorang lelaki membuatkan wanita ketawa? fakta atau auta? he….
- Amaran!! Pastikan anak, adik, atau orang terdekat anda tidak bermain permainan ini
koleksi artikel
- Notis: segala maklumat atau info yang ditulis didalam blog top5reason.com adalah 100% asli. Kami tidak pernah mengamalkan copy paste 100% daripada mana-mana website lain. Segala hakcipta didalam website ini adalah terpelihara dibawah akta

Creative Commons Attribution 3.0 Unported License. PERHATIAN!!
Setiap komen top akan cuba balas. So rajin-rajin la check email anda ok. Semoga kita sama-sama boleh jadi kawan. Peace yawww.....






interesting..
masalah yang sering dialami saya