5 makna kehidupan manusia

makna disebalik kehidupan manusiaMakna kehidupan manusia sukar untuk dedifinisikan kerana tiada jawapan yang konkrit untuk persoalan ini. Setiap manusia mempunyai berlainan pendapat, pemahaman, pandangan, pegangan dan juga pendirian mereka. Begitu juga terhadap makna kehidupan untuk seseorang. Pasti setiap orang mempunyai tanggapan yang tersendiri. Apa yang t5 ingin cuba sampaikan di dalam artikel adalah mengenai idea untuk mencari jawapan bagi persoalan ini. Kebenarannya, jawapan terletak pada diri anda.

Lakukan apa yang diinginkan- Ada sesetengah pendapat bersetuju bahawa makna untuk kehidupan adalah untuk melakukan apa yang ingin mereka lakukan. Ia mampu untuk memberikan kepuasan secara peribadi kepada mereka. Pada kebiasaannnya, seseorang yang berfikiran seperti ini amat sukar untuk dipengaruhi, mereka lebih selesa untuk mengikut gerak hati berbanding daripada mendengar pendapat daripada orang lain.

Membahagiakan orang tersayang- Selain daripada itu, ada juga pendapat yang menyatakan bahawa sekiranya mereka berjaya membahagiakan orang yang mereka sayang, itu adalah makna kehidupan untuk mereka. Mereka yang bersikap seperti ini biasanya tidak mementingkan diri sendiri. Sanggup berkorban untuk kebahagiaan orang lain.

Bersyukur- Setiap orang di atas muka bumi ini sememangnya perlu bersyukur dengan apa yang mereka miliki. Bersyukur akan membuatkan mereka tenang dan gembira untuk melalui liku-liku kehidupan tanpa terlalu memikirkan permasalahan dunia dan kekurangan diri sendiri. Ketenangan itulah yang dikatakan oleh sesetengah pihak mampu untuk memberikan makna kehidupan kepada mereka.

Kejayaan- Setiap orang pasti mengimpikan kejayaan. Kejayaan juga mampu untuk memberikan motivasi kepada seseorang untuk terus berusaha dengan lebih gigih. Ada sesetengah orang yang terlalu obses terhadap kejayaan dan merasakan ia mampu untuk memberi makna terhadap kehidupan mereka. Kebiasaannya, orang seperti ini akan sentiasa berusaha untuk mengecapi kejayaan dan amat susah untuk berputus asa.

Keseimbangan- Ada juga yang menyatakan bahawa mereka lebih suka untuk melalui kehidupan yang seimbang. Tidak terlalu obses untuk mengejar kegembiraan dunia dan kepuasan peribadi. Lebih mementingkan kegembiraan bersama. Mereka seperti ini kebiasaannya bersikap bersederhana sahaja terhadap apa yang mereka lakukan. Kesederhanaan itulah yang mereka rasakan mampu untuk memberi makna kehidupan kerana mereka mempunyai cukup masa untuk diri sendiri dan juga orang lain.

Ini adalah sebahagian sahaja pendapat yang mendefinisikan makna kehidupan daripada perspektif mereka sendiri. Bagaimana pula dengan anda? Adakah terdapat ciri-ciri diatas yang anda rasakan bersesuaian dengan diri anda? Pastinya anda lebih mengenali siap diri anda yang sebenar.

top

nama top dipilih bukan sebab aku seorang kipas susah mati K-POP, tetapi secara kebetulan dengan nama blog ni, jadi aku memilih untuk menggunakan nama samaran top. kalau guna AKU macam tak rare (tak nak bagi alasan kalau guna nama panggilan AKU terasa agak kasar sebab jawapan yang agak cliche)

5 thoughts on “5 makna kehidupan manusia

  1. Saya baru faham apa itu makna kehidupan manuasia selepas saya mengalami situasi cemas dimana accident telah berlaku ke atas diri saya sendiri. tulang kaki tangan belah kanan telah patah, dan apa diharapkan semua memerlukan pertolongan orang lain, itu buat saya tekad untuk cepat sembuh dan lakukan apa yang ingin dilakukan dan lakukan dengan sedaya upaya baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge