5 langkah mudah menjadi jutawan

Siapa yang tidak mahu untuk bergelar sebagai jutawan? pasti ia menjadi impian untuk kebanyakan orang. Tetapi ramai yang menyatakan untuk menjadi seorang jutawan adalah suatu perkara yang mustahil. Sekiranya dinyatakan ia lebih mudah daripada apa yang difikirkan pasti anda akan terkejut bukan? dibawah ini, t5 akan menyenaraikan 5 langkah mudah untuk menjadi seorang jutawan.

Berkahwin hanya 1- Menurut buku “The Millionaire Next Door” oleh Thomas J. Stanley dan William D. Danko, jutawan rata-ratanya akan berkahwin 1 sahaja dengan purata bilangan anak adalah sebanyak tiga. Para isteri jutawan juga kebiasaannya seorang yang jimat berbanding daripada suami mereka. Menariknya, menurut tinjauan Stanley dan Danko’s, sebahagian daripada isteri jutawan adalah surirumah sepenuh masa dan sekiranya mereka bekerja, kerjaya kebiasaannya adalah seorang guru. Kebaikan berkahwin seorang sahaja adalah untuk mengelakkan kos perceraian dan perkahwinan seterusnya. Kos perceraian bergantung kepada banyak faktor termasuk pendapatan, kos peguam, kos mahkamah, beberapa aset dan bagaimana harta dibahagikan.

Hasil pendapatan melalui sumber yang berlainan- Salah satu kelebihan memiliki pasangan hidup adalah potensi untuk menghasilkan dua pendapatan. Cara terbaik untuk anda merancang kewangan adalah cuba fokuskan satu hasil pendapatan terhadap perbelanjaan, dan satu lagi untuk simpanan keluarga anda. Ini dapat membantu untuk menguatkan kedudukan kewangan anda dalam dua cara, sekiranya mengalami keadaan kecemasan atau jika salah satu pasangan kehilangan pekerjaan mereka, anda mempunyai ruang untuk memperbetulkan ekonomi anda semula. Selain daripada itu, wang simpanan anda boleh digunakan untuk melakukan pelaburan yang betul untuk meningkatkan nilai aset.

Pilih kerjaya yang tepat- Menurut buku ‘The Millionaire Next Door’, orang yang bekerja sendiri mampu untuk membuat pendapatan lebih daripada 20% dari orang yang bekerja, dan 2/3 daripada mereka adalah jutawan. Buku ini juga menerangkan lagi bahawa rata-rata orang yang bekerja sendiri menghabiskan masa hanya antara 45 hingga 55 jam untuk bekerja dalam seminggu. Anda seharusnya tahu bahawa ianya bukan suatu perkara yang mudah untuk mencapai tahap seperti ini, ia memerlukan motivasi dan komitmen secara berterusan. Tetapi  ianya bukanlah perkara yang mustahil.

Melabur dengan bijak- Melakukan pelaburan yang bijak juga mampu untuk membantu meningkatkan nilai aset anda. Tetapi, hasil kajian menunjukkan bahawa lebih 70% pelaburan tidak menguntungkan pelabur mereka. Sebelum melakukan apa-apa pelaburan, pastikan anda mengetahui serba sedikit selok belok mengenainya. Ini adalah untuk mengelakkan anda mengalami kerugian yang besar.

Memilih kehidupan yang biasa- Sekiranya hasil pendapatan anda sudah betul-betul kukuh, ianya tidak ada masalah sekiranya anda memilih carahidup sebagai seorang jutawan. Tetapi sekiranya anda baru sahaja melalui peringkat pengembangan untuk mengukuhkan kedudukan anda, anda dinasihatkan untuk memilih cara hidup yang biasa sahaja. Ini adalah untuk mengelakkan pembaziran dan wang yang anda simpan boleh dilaburkan untuk mengukuhkan lagi pendapatan anda. Tidak dapat dinafikan, kebanyakan orang yang baru sahaja melalui peringkat pengembangan telah memilih untuk carahidup yang mewah dan hasilnya, kebanyakan mereka akan kembali melalui carahidup yang asal.

top

nama top dipilih bukan sebab aku seorang kipas susah mati K-POP, tetapi secara kebetulan dengan nama blog ni, jadi aku memilih untuk menggunakan nama samaran top. kalau guna AKU macam tak rare (tak nak bagi alasan kalau guna nama panggilan AKU terasa agak kasar sebab jawapan yang agak cliche)

3 thoughts on “5 langkah mudah menjadi jutawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge