orang bijak

5 faktor yang mempengaruhi kepandaian manusia

Genetik- Berapa banyakkah kepandaian kita bergantung kepada genetik? Setelah lebih dari satu abad, para penyelidik mendapati bahawa pengaruh genetik terhadap kepandaian manusia adalah sekitar 4 hingga 80 peratus (sumber: Norrgard). Selain daripada itu, struktur otak dan fungsi (faktor biologi) juga  menyumbang terhadap tahap kepandaian manusia. Para saintis juga telah mendapati bahawa struktur otak antara manusia adalah berbeza, khususnya perbezaan di parieto-frontal(pusat tumpuan bagi otak manusia), yang mempengaruhi kepandaian kita positif  atau negatif. Pusat tumpuan otak yang baik akan mempengaruhi kecekapan otak dalam pemprosesan maklumat. Dan ini juga akan menghasilkan kepada tahap IQ yang lebih baik.

Pemakanan- Pemakanan mempengaruhi kepada tahap kepandaian seseorang. Begitu juga terhadap pemakanan seorang  ibu akan mempengaruhi kandungannya. Cara pemakanan seseorang berhubungkait dengan struktur otak, tingkah laku dan kepandaian. Pemakanan yang seimbang akan menyebabkan saiz caudate (sebahagian daripada otak yang khusus terhadap pembelajaran dan memori) akan membesar. Semakin besar saiz caudate otak, semakin tinggi tahap IQ seseorang. Bagi wanita yang menyusukan anak menggunakan susu asli, kemungkinan tahap peningkatan IQ anak mereka adalah lebih tinggi.

Kelahiran- Ada diantara sesetengah pendapat menyatakan faktor turutan kelahiran juga memainkan peranan dalam kepandaian seseorang. Antara pendapat tersebut menyatakan bahawa kelahiran anak pertama akan menghasilkan anak yang lebih pandai berbanding anak yang seterusnya. Walaubagaimanapun hasil daripada penyelidikan terkini menunjukkan bahawa faktor turutan kelahiran tidak mempengaruhi kepandaian seseorang. Potensi kita untuk belajar, pemahaman dan tindakbalas kita terhadap sesuatu lebih banyak mempengaruhi IQ berbanding turutan kelahiran.

Persekitaran- Faktor persekitaran, seperti cara  pemakanan yang kita amalkan dan keadaan persekitaran di tempat tinggal juga memainkan peranan terhadap kepandaian seseorang. Sebagai contoh yang boleh diberikan adalah seperti kita tinggal di tempat yang kes jenayahnya agak tinggi. Walaupun kita tidak melakukan jenayah itu, ia serba sedikit mempengaruhi pemikiran kita, kita lebih fokus untuk memikirkan mengenai masalah kes jenayah berbanding daripada cara untuk memajukan diri. Ini secara tidak langsung juga akan mempengaruhi terhadap tahap kepandaian seseorang.

Komunikasi- Cara kita berkomunikasi juga adalah peranan utama dalam menentukan sikap, tingkah laku dan kepandaian seseorang. Sekiranya kita berkomunikasi dengan orang yang lebih positif, kecendurungan kita untuk berfikiran positif juga adalah lebih tinggi. Begitu juga sekiranya kita berkomunikasi dengan orang yang bersikap negatif, sikap dan tingkahlaku kita juga lebih terarah kepada negatif. Pengaruh utama terhadap komunikasi adalah daripada rakan sebaya. Seseorang akan lebih mudah terpengaruh dengan rakan sebaya mereka berbanding orang lain. Anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati memilih rakan kerana ianya akan mempengaruhi sikap, tingkahlaku, dan kepandaian anda nanti.

 

 

 

top

nama top dipilih bukan sebab aku seorang kipas susah mati K-POP, tetapi secara kebetulan dengan nama blog ni, jadi aku memilih untuk menggunakan nama samaran top. kalau guna AKU macam tak rare (tak nak bagi alasan kalau guna nama panggilan AKU terasa agak kasar sebab jawapan yang agak cliche)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge