5 cara untuk mengawal perasaan takut

PERHATIAN!!- Konteks yang akan diterangkan adalah mengenai perasaan takut terhadap perkara positif yang boleh membantu memajukan diri. Ia tidak sesuai digunakan sekiranya anda  berada di dalam situasi yang berbahaya.

Berfikiran positif- 99% perasaan takut yang dihadapi bukanlah disebabkan ianya realiti, ia hanyalah pemikiran sahaja. Fikiran yang selalu memikirkan mengenai kisah lampau, apa akan terjadi, kesan terhadap sesuatu yang dilakukan lebih banyak mendorong untuk berasa lebih takut. Disebabkan pemikiran inilah yang selalu menjadi penghalang untuk mencuba sesuatu yang baru, dan berkemungkinan jika cuba  dilakukan, dapat memberbaiki lagi kehidupan. Sebagai contoh yang boleh diberikan adalah sekiranya diberi peluang untuk mengendalikan sesuatu projek syarikat, tetapi berasa takut untuk mengendalikannya kerana kesalahan lampau yang dilakukan telah merugikan syarikat. Untuk mengawal perasaan takut, tidak perlu terlalu memikirkan kisah lampau yang telah dilakukan, sebaliknya terus fokus terhadap tugasan yang diberi dan cuba untuk membuktikan kepada diri sendiri bahawa mampu untuk melakukannya.

Ketahui punca ketakutan- Mengapakah berasa takut?? Apakah puncanya?? Adakah perasaan takut akan memberikan manfaat atau sebaliknya?? Untuk mengawal perasaan takut, perlu tahu jawapan bagi persoalan di atas. Ini adalah untuk memfokuskan lebih kepada situasi atau keadaan dan bukannya perasaan takut yang dihadapi. Sekiranya terlalu memikirkan perasaan takut, ia tidak akan memberi apa-apa perubahan terhadap kehidupan. Nilai  sesuatu situasi itu, sekiranya ia tidak memberi apa-apa faedah, alihkan fokus kepada perkara lain. Tetapi sekiranya perasaan takut itu menjadi penghalang untuk menjadi lebih berjaya, jangan fokuskan kepada perasaan takut itu dan fokuskan kepada matlamat asal yang difikirkan.  Jangan sesekali biarkan perasaan takut mengawal keadaan sekirannya sesuatu keadaan itu memberi faedah kepada diri sendiri.

Sealiran- Apabila anda berasa takut, anda mempunyai pilihan untuk menolak atau sealiran dengan perasaan takut itu. Hasil daripada kajian, seseorang yang berperasaan takut dan cuba mengabaikan, menyembunyikan atau menolak perasaan itu akan menambahkan lagi ketakutan yang sedang dihadapinya. Sebaliknya cara yang terbaik untuk mengawal perasaan takut adalah sealiran dengan perasaan itu. Sealiran bermaksud seseorang itu tidak menolak terus perasaan takut yang dihadapi sebaliknya cuba menghilangkan perasaan itu berperingkat dengan cara mendapatkan keyakinan terhadap diri sendiri. Keyakinan tidak boleh dibina dalam sekelip mata dan ia perlu melalui satu proses. Hilangkan perasaan takut terhadap sesuatu situasi itu berdasarkan keyakinan yang telah dibina dan jangan sesekali menolak terus sesuatu perasaan takut itu kerana ia akan menambahkan lagi perasaan takut.

Kepercayaan- Kepercayaan terhadap diri sendiri adalah penawar untuk perasaan takut dan ianya amat penting kerana akan menyokong segala perkara yang dilakukan,  mengambil berat terhadap diri sendiri, dan untuk perkembangan atau evolusi di dalam kehidupan seseorang. Tiada kepercayaan terhadap diri sendiri bermakna tiada perubahan yang mampu dilakukan terhadap kehidupan. Sesuatu yang terjadi di dalam kehidupan mempunyai sebab yang tersendiri. Seseorang manusia tidak akan mengetahui apa yang akan terjadi pada masa hadapan ke atas risiko yang mereka ambil hari ini. Hanya berdasarkan kepercayaan terhadap diri sendiri sahaja yang mampu untuk mengawal perasaan takut. Risiko mempunyai keputusan yang berkemungkinan positif atau negatif. Seseorang tidak akan berjaya menghadapi risiko sekiranya tiada kepercayaan diletakkan dan membiarkan perasaan takut mengawal situasi.

Lakukan perkara yang anda takut- Sekiranya perkara yang anda takut untuk lakukan memberi faedah terhadap diri anda, anda seharusnya mencabar diri untuk melakukannya. Sekiranya ia memberikan keburukan haruslah sebaliknya. Sebagai contoh, anda terlalu takut untuk memberikan pendapat di khalayak ramai. Adakah ketakutan yang sedang dialami memberi faedah atau tidak?? Ketakutan yang sedang dialami hanya akan menyebabkan kehidupan terus menjadi mundur. Cara terbaik untuk mengawal perasaan takut adalah dengan melakukan perkara yang ditakuti. Mungkin pada permulaan perasaan menjadi kurang stabil ketika bercakap dihadapan orang ramai. Tetapi sekiranya ia selalu dilakukan, ia akan menjadi perkara rutin dan tidak mempunyai masalah untuk dilakukan untuk situasi yang seterusnya. Ia akan tidak menjadi masalah untuk seseorang pada masa hadapan dan masalah lain akan muncul dan cuba tangani dengan cara yang sama. Selepas anda melawan sesuatu perasaan, anda akan berhadapan dengan cabaran yang lain pula. Begitulah perjalanan kehidupan bagi seseorang.

PIHAK TOP5 AMAT MENGHARGAI KOMEN ATAU PENDAPAT YANG DIBERIKAN UNTUK MEMPERBAIKI LAGI MUTU KANDUNGAN WEBSITE INI. BERILAH PENDAPAT ATAU KOMEN ANDA DIBAHAGIAN BAWAH. TERIMA KASIH.

 

top

nama top dipilih bukan sebab aku seorang kipas susah mati K-POP, tetapi secara kebetulan dengan nama blog ni, jadi aku memilih untuk menggunakan nama samaran top. kalau guna AKU macam tak rare (tak nak bagi alasan kalau guna nama panggilan AKU terasa agak kasar sebab jawapan yang agak cliche)

5 thoughts on “5 cara untuk mengawal perasaan takut

  1. ni merupakan hari pertama saya menemui serta membaca laman T5. Saya amat teruja dan merasa amat terkesan setelah membaca artikel dalam laman ini.saya mula membaca sejak awal pagi tadi hingga ke petang. diharap pihak T5 akan terus mengeluarkan topik-topik dan motivasi yang bernas kepada pembaca laman ini.
    Tahniah!

  2. sokonngan dari orang sekeliling amat perlu untuk membantu seseorang yang mengalami perasaan takut. jadi sesiapa yang mempunyai sedara atau kawan yang mengalami perasaan takut, berilah sokongan yang padu kepada mereka. ini adalah dari pengalaman kak long yang mengalami trauma untuk membawa kereta ke tempat kerja. Setelah hampir 4 tahun baru kak long dapat ‘drive’ sendiri kereta. baca artikel di atas nampak macam mudah tapi nak buat tu, Allah saje yang tahu. Orang kita pandang remeh perkara macam ni. Apa pun hati kita memang kena kuat dan apa yang penting, kebergantungan kita kepada Yang Maha Esa Allah Taala. Kalau kita yakin Allah berada disamping kita, Insya Allah, kita akan berjaya mengatasinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge