5 cara menarik perhatian lelaki
Kebanyakan wanita merasakan bahawa dengan berpakaian seksi adalah merupakan cara paling mudah untuk menarik perhatian seseorang lelaki. Ianya mungkin benar, tetapi sebahagian lelaki menyatakan bahawa wanita yang dengan sengaja berpakaian seksi semata-mata untuk mendapatkan perhatian bukanlah merupakan wanita pilihan mereka. Jadi, bagaimanakah cara untuk menarik perhatian lelaki tanpa memerlukan pemakaian yang menjolok mata? Caranya adalah dengan…..
(1) Memakai pakaian yang berwarna cerah- Menurut daripada kajian psikologi, manusia akan lebih untuk memberikan perhatian terhadap warna yang cerah. Begitu juga dengan lelaki. Pemakaian yang berwarna cerah adalah merupakan cara paling mudah untuk menarik perhatian mereka.
Selain daripada itu, pakar psikologi juga menyatakan bahawa dengan pemakaian yang berwarna cerah akan meningkatkan lagi rasa keyakinan dan juga prestasi seseorang.
(2) Pandangan mata- Sememangnya pandangan mata wanita mampu untuk menarik perhatian lelaki. Tetapi, majoriti lelaki menyatakan bahawa mereka lebih gemar terhadap wanita yang menjaga pandangan mereka. Ia merupakan tarikan utama kepada lelaki tanpa wanita sendiri sedari.
Bukan setakat itu sahaja, wanita yang menjaga pandangan mereka juga membuatkan lelaki lebih berfikiran positif terhadap diri mereka. Wanita yang gemar bermain mata dengan lelaki pula lebih membawa imej yang negatif.
(3) Tingkahlaku- Wanita sememangnya lebih sinonim dengan sifat yang lemah lembut, sopan santun dan sebagainya. Wanita yang berperwatakan seperti ini lebih mudah untuk mendapatkan perhatian daripada lelaki.
Tetapi, ada juga lelaki yang lebih gemar terhadap perwatakan wanita yang semulajadi tanpa perlu menyorokkan identiti mereka sebenar. Adalah lebih baik anda menjadi diri sendiri asalkan tidak melampaui sifat kewanitaan. Pasti cara dan keunikan anda yang tersendiri mampu untuk menarik perhatian lelaki yang boleh menerima diri anda seadanya.
(4) Pandai berjenaka- Pasti anda agak terkejut bukan? kebiasaannya lelaki yang harus pandai membuat lawak untuk menarik perhatian seseorang wanita. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan, wanita yang suka berjenaka lebih mendapat perhatian daripada lelaki.
Ini berkemungkinan disebabkan seseorang yang lebih lucu lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Apabila telah wujud keselesaan terhadap diri anda, ia lebih mudah untuk menarik minat mereka.
(5) Bahasa tubuh- Seperti yang anda semua ketahui, bahasa tubuh adalah merupakan isyarat awal untuk menyampaikan pesanan terhadap seseorang. Elakkan daripada menggunakan bahasa tubuh yang akan membuatkan lelaki berasa anda seorang yang sombong, berlagak atau sebagainya. Ini kerana kebiasaannya wanita yang seperti ini kurang menarik perhatian lelaki.
6 Responses to 5 cara menarik perhatian lelaki
Leave a Reply Cancel reply
langgani kami sekarang
top5reason- Kesan bersenam dengan perut kosong vs penuh! Mana lagi bahaya?
- Ada apa dengan universal studio singapore?
- Apakah kesan sekiranya anda mengambil vitamin c secara berlebihan? Lelaki wajib baca.
- Adakah anda cukup matang?
- Kenapa kita tidak boleh minum berdiri?
- 5 konflik percintaan yang biasa terjadi? Macam tajuk lagu pulak kan. hehe
- Sakit gusi tanda mati pucuk?? ayokkkkk…..
- Sebab utama kenapa lelaki tak perlu beli kemeja 100% cotton
- Apakah kesan sekiranya seorang lelaki membuatkan wanita ketawa? fakta atau auta? he….
- Amaran!! Pastikan anak, adik, atau orang terdekat anda tidak bermain permainan ini
koleksi artikel
- Notis: segala maklumat atau info yang ditulis didalam blog top5reason.com adalah 100% asli. Kami tidak pernah mengamalkan copy paste 100% daripada mana-mana website lain. Segala hakcipta didalam website ini adalah terpelihara dibawah akta

Creative Commons Attribution 3.0 Unported License. PERHATIAN!!
Setiap komen top akan cuba balas. So rajin-rajin la check email anda ok. Semoga kita sama-sama boleh jadi kawan. Peace yawww.....






saya x dak yang (5,4&2)
tapi saya tetap akan berusaha hingga dapat kesemua itu..
kerana masa saya dan dy sma.
bukan maksud saya hidup dan mati sama2 maksud syew umur kami sama..
gud luck hana
sye ade minat kat sorg laki ni.., senior sye kat kolej.., sye ade bg tnde2 isyarat yg sye suke kat die cam pandangan mate dan bhase tubuh, dn sye rase die sedar kot, cume sye malu sgt2 xtau cmne nk mulekan perbualan.., nk tggu die bg respon xtau bile.., lelaki virgo, biase la..,ish2.., tido x lena la..,
haha, bagi pendapat top5 baik adik fokus kat study dulu. Kemudian kalau adik rasa dah betul-betul bersedia nak berkahwin, baru luahkan kepada lelaki tersebut. tak salah sebenarnya kalau perempuan meluahkan perasaan dulu. tapi kalau saja nak bercinta, top5 rasa banyak lagi perkara yang penting lagi adik boleh buat.
Tips2 bolehh uga nih… hhhehe
usaharumahan recently posted..Peluang Usaha Rumahan
selamat mencuba..hehe