5 cara bagaimana untuk mengemas rumah dengan pantas dan efektif

Mengikut arah jam- Sekiranya anda ingin mulakan kemasan di sesuatu kawasan itu, pastikan anda mengemas mengikut arah jam. Sebaiknya anda mula mengemas di bahagian dapur dahulu kemudian barulah dikawasan lain. Tetapkan 1 titik untuk anda bermula mengemas dan ikutlah arah putaran jam. Cara ini akan lebih sistematik dan mempercepatkan proses anda untuk mengemas rumah.

Bahagian atas ke bawah- Untuk mempercepatkan lagi proses anda mengemas rumah, anda dinasihatkan untuk bermula mengemas dari bahagian atas barulah ke bawah. Ini untuk mengelakkan anda membuat kerja yang sama berulang kali. Bayangkan sekiranya anda bermula mengemas dari bahagian bawah, apabila tiba masa untuk mengemas bahagian atas pasti kotoran yang anda kemas tadi akan terjatuh. Ini akan membanyakkan lagi kerja anda.

Cucian kering sebelum cucian basah- Sekiranya anda ingin membersihkan bahagian lantai, anda dinasihatkan untuk bermula dengan cucian kering dahalu. Ini adalah untuk mempermudahkan lagi kerja anda membuang kotoran yang berada di lantai. Jika anda menggunakan cucian basah terlebih dahulu, pasti kotoran yang berada di lantai akan lebih sukar untuk dibersihkan kerana air akan menyebakan ia melekat. Cucian kering yang dilakukan selepas itu  juga akan menyebabkan sesuatu permukaan itu cepat berhabuk.

Kurangkan gerakan- Contoh paling mudah untuk mengurangkan gerakan ialah ketika anda membasuh pinggan. Selepas  membasuh sesuatu pinggan anda tidak perlu meletakkannya satu persatu di tempat yang bersih. Sebaiknya anda menyediakn satu bekas untuk mudah anda mengumpulkannya terlebih dahulu dan apabila ianya sudah penuh barulah anda menhantarnya ke tempat yang bersih. Ini akan dapat mengurangkan pergerakan anda.

Biarkan produk pembersihan melakukan kerja yang kotor- Sekiranya anda ingin membersihkan periuk, cabinet, jubin tempat anda membasuh dan sebagainya, anda dinasihatkan untuk menyemburkan produk pembersihan dahulu. Biarkan produk itu untuk bekerja membantu anda. Setelah beberapa minit barulah anda gunakan tenaga untuk menanggalkan kotoran yang melekat. Ini adalah untuk memudah dan mempercepatkan lagi kerja pembersihan yang anda lakukan.

top

nama top dipilih bukan sebab aku seorang kipas susah mati K-POP, tetapi secara kebetulan dengan nama blog ni, jadi aku memilih untuk menggunakan nama samaran top. kalau guna AKU macam tak rare (tak nak bagi alasan kalau guna nama panggilan AKU terasa agak kasar sebab jawapan yang agak cliche)

6 thoughts on “5 cara bagaimana untuk mengemas rumah dengan pantas dan efektif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge