5 alasan yang baik sekiranya anda ingin berkahwin
Bijak untuk bekerjasama terhadap perbezaan masing-masing- Kajian menunjukkan bahawa salah satu faktor yang menyebabkan sesuatu hubungan itu kekal berpanjangan adalah kerana kebolehan untuk menyelesaikan konflik. ‘Semua hubungan mempunyai konflik’, dan anda seharusnya tidak kesal terhadap konflik yang wujud kerana ia adalah lumrah perhubungan. Apa yang lebih penting adalah untuk bekerjasama melengkapi perbezaan diri masing-masing, mengatasi konflik, dan bersetuju untuk tidak melakukan kesalahan yang lepas. Pasangan yang mencetuskan kemarahan dan kebencian di antara satu sama lain atau tidak dapat memahami mengenai perbezaan diri mereka, sering tidak dapat mengekalkan perkahwinan.
Berkongsi minat yang sama- Jika pasangan suami isteri berkongsi minat yang sama, keakraban hubungan itu akan lebih mendalam. Tetapi minat yang dimaksudkan bukanlah sesuatu yang khusus, sebagai contoh isteri gemar untuk menanam pokok bunga tetapi suami sebaliknya. Walaupun suami tidak minat untuk menanam pokok bunga, beliau membantu isteri untuk melakukan kerja-kerja yang berat ketika proses penanaman. Dengan erti kata lain mereka telah berkongsi minat yang sama. Begitu juga sekiranya suami gemar untuk menonton bola sepak tetapi isteri tidak, mungkin isteri boleh menemani suami ketika menonton bola walaupum mereka tidak minat.
Saling memerlukan- Seorang manusia tidak dicipta untuk melakukan keseluruhan kerja, sebaliknya manusia dicipta untuk mencari pasangan/pasukan untuk saling membantu menghadapi segala cabaran dan dugaan di dalam hidup. Sekiranya perkahwinan adalah disebabkan keperluan untuk memenuhi segala kekurangan yang ada, ia kebiasaannya akan kekal lama. Ini adalah kerana ia bermakna anda sudah menerima pasangan anda seadanya dan saling memerlukan antara satu sama lain.
Pasangan terlibat didalam perancangan masa depan- Sekiranya anda merasakan masa depan akan berlaku dengan sendirinya tanpa perancangan, semestinya anda silap. Facebook tidak akan ada seperti sekarang sekiranya ia tidak dirancang beberapa tahun yang lepas. Begitu juga perhubungan. Sekiranya anda melibatkan pasangan anda didalam perancangan masa depan, ia adalah alasan terbaik untuk berkahwin. Mungkin anda memerlukan seorang yang menjaga makan minum atau pakaian kerana anda semakin sibuk dengan kerja. Dan untuk merealisasikan perancangan itu, anda memerlukan seorang teman hidup. Ia akan mengajar anda untuk lebih menghargai pasangan anda.
Anda membuat satu sama lain berasa istimewa- Persoalan ini agak sukar dihuraikan kerana tiada jawapan yang khusus padanya. Mungkin anda berasa pelik mengapa anda berasa amat selesa apabila meluangkan masa bersama seorang lelaki, dan berasa kurang selesa apabila meluangkan masa bersama lelaki yang lain walaupun layanan yang diberikan hampir serupa. Sekiranya seseorang lelaki atau wanita mampu untuk membuat anda merasakan istimewa, mereka adalah pasangan yang terbaik untuk anda.
3 Responses to 5 alasan yang baik sekiranya anda ingin berkahwin
Leave a Reply Cancel reply
langgani kami sekarang
top5reason- Antara makan buah vs minum jus buah yang mana lebih baik?
- Ciri-ciri lelaki seksi dimata wanita
- trend cermin mata terkini 2012
- video bayi kena dera
- tanda lelaki buaya darat
- Siapa joseph kony?
- kekasih membunuh diri?
- Apa benda la pulak lgbt ni?
- 3 punca utama pasangan bergaduh
- Adakah wanita lebih baik dari lelaki ?
top5reason
- Notis: segala maklumat atau info yang ditulis didalam blog top5reason.com adalah 100% asli. Kami tidak pernah mengamalkan copy paste 100% daripada mana-mana website lain. Segala hakcipta didalam website ini adalah terpelihara dibawah akta

Creative Commons Attribution 3.0 Unported License. komen di top5reason
top5 { yeke? sebab die pemalu kot.. hehe } – May 19, 3:32 PM
nur balqis { napew laki dia mesti x nak bagi tau pompuan tu dia suke pompuan tu } – May 19, 2:08 PM
top5 { oo.... pacaran pun bisa buat jerawat tumbuh ya? haha... selamat mencuba ok
} – May 19, 1:47 PMerni { Mesti di coba tuh.. Akhir2 ini aqu pacaran malah nambah jerawat dimana2. . . *Akhirnya aqu putusin lah cowok tuh, biar jerawat aqu sembuh +_#... } – May 18, 6:17 PM
top5 { yeah..... gud gurl, gud luck ok
} – May 18, 12:00 AMaiisya { tq amnan..harap2 gtu la..sy akn cuba fokus on study..isya'allah jodoh xkemana kn? psl lect 2, sy xkn ambil port dah..sy xnk jd angkt bakul sendiri..loll } – May 17, 9:38 PM
top5 { haha.. tapi jangan risau, ramai lagi lelaki yang setia ok :p } – May 17, 1:50 AM
top5 { i'allah, doa banyak-banyak ok
} – May 17, 1:49 AMtop5 { amboi, garangnya dia.. haha :p } – May 17, 1:49 AM
top5 {
} – May 17, 1:48 AMtop5 { respon sudah dibalas.. hehe } – May 17, 1:48 AM







erm..
kalau macam tu nampak gaya cam leh kekal lame..
=D
haha… iallh ble klu niat 2 betol
[...] masalah ini adalah dengan perkahwinan muda. Tetapi, pasangan yang ingin berkahwin muda haruslah bersiap sedia untuk menghadapi cabaran yang berkemungkinan akan dialami. Diharap artikel ini dapat membantu anda [...]