Akan memperkenalkan pasangan kepada keluarga dan sahabat mereka- Seorang lelaki yang serius terhadap perhubungan akan cuba untuk memperkenalkan pasangan kepada ahli keluarga atau rakan. Ini menunjukkan bahawa mereka telah menganggap pasangan adalah sebahagian daripada hidup mereka. Pada kebiasaannya, seorang lelaki akan cuba untuk menyembunyikan hubungan yang mereka rasakan tidak serius terutamanya terhadap ahli keluarga. Ini adalah untuk mengelakkan perspektif negatif daripada keluarga terhadap mereka. Tetapi sekiranya mereka mempunyai alasan kukuh untuk tidak mengenalkan anda pada ahli keluarga, anda perlu cuba untuk memahami situasi mereka. Mungkin masa tidak mengizinkan lagi mereka berbuat sedemikian.
Mengingati apa yang telah berlaku dalam hidup anda lebih daripada yang anda sendiri ingat- Seorang lelaki yang serius terhadap perhubungan akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati pasangan mereka. Apabila mereka berusaha keras dan fokus pada setiap perkataan yang anda luahkan, ia menunjukkan bahawa setiap luahan adalah amat penting untuk mereka. Ini adalah sebagai bukti yang tidak disampaikan dengan kata-kata bahawa mereka amat menghargai kehadiran anda di dalam kehidupan mereka. Selain daripada itu, cara ini juga digunakan untuk mengenali diri anda dengan lebih mendalam.
Mengambil berat terhadap perkara yang anda lakukan- Adalah tanggungjawab seorang lelaki untuk menjaga seorang wanita. Sekiranya mereka mengambil berat terhadap perkara yang anda lakukan, ia menunjukkan bahawa mereka serius terhadap perhubungan. Ini adalah kerana pada kebiasaannya, lelaki yang hanya berniat untuk bermain akan tidak memperdulikan terhadap apa yang anda lakukan. Tiada perasaan tanggungjawab didalam diri mereka terhadap diri anda. Berkemungkinan juga mereka belum bersedia untuk berkongsi hidup atau menjalinkan hubungan hanya untuk menghilangkan kesunyian mereka sahaja. Apabila mereka tidak sunyi, anda mungkin akan ditinggalkan.
Berkongsi masalah- Pada kebiasaannya, seorang lelaki akan sukar untuk berkongsi masalah terutamanya melibatkan masalah peribadi. Mereka hanya akan berkongsi masalah hanya kepada orang yang mereka betul-betul percaya sahaja. Sekiranya mereka sudah bersedia untuk berkongsi masalah terhadap anda, ini adalah petunjuk bahawa mereka sudah mempercayai anda dan telah menerima anda sebahagian daripada hidup mereka. Tetapi awas, anda perlu bijak untuk mengesan adakah luahan hati mereka betul-betul ikhlas atau hanya cuba untuk menagih simpati anda. Seorang lelaki tidak akan menceritakan semua masalah mereka jika baru sehari dua berkenalan, kebiasaannya ia mengambil masa yang lama. Jika pada permulaan perkenalan telah pelbagai masalah dikongsikan dengan anda, anda sepatutnya lebih berhati-hati.
One Response to 4 tanda sekiranya lelaki serius terhadap perhubungan
Leave a Reply Cancel reply
langgani kami sekarang
top5reason- Kesan bersenam dengan perut kosong vs penuh! Mana lagi bahaya?
- Ada apa dengan universal studio singapore?
- Apakah kesan sekiranya anda mengambil vitamin c secara berlebihan? Lelaki wajib baca.
- Adakah anda cukup matang?
- Kenapa kita tidak boleh minum berdiri?
- 5 konflik percintaan yang biasa terjadi? Macam tajuk lagu pulak kan. hehe
- Sakit gusi tanda mati pucuk?? ayokkkkk…..
- Sebab utama kenapa lelaki tak perlu beli kemeja 100% cotton
- Apakah kesan sekiranya seorang lelaki membuatkan wanita ketawa? fakta atau auta? he….
- Amaran!! Pastikan anak, adik, atau orang terdekat anda tidak bermain permainan ini
koleksi artikel
- Notis: segala maklumat atau info yang ditulis didalam blog top5reason.com adalah 100% asli. Kami tidak pernah mengamalkan copy paste 100% daripada mana-mana website lain. Segala hakcipta didalam website ini adalah terpelihara dibawah akta

Creative Commons Attribution 3.0 Unported License. PERHATIAN!!
Setiap komen top akan cuba balas. So rajin-rajin la check email anda ok. Semoga kita sama-sama boleh jadi kawan. Peace yawww.....






hai .. minta maaf untuk komen walau sudah lama post ini di paparkan.
mengapa lelaki yang memang mahu memperisterikan perempuan itu, tetapi tidak juga pernah memperkenalkan bakal isteri kepada keluarganya?
tetapi sudah berkali-kali berjumpa dengan keluarga bakal isteri.
si lelaki memberitahu bahawa dia takut akan ketidakstabilan status dirinya sebagai pelajar, walhal sudah mencecah hampir 30 tahun.
si lelaki juga takut untuk memperkenalkan bakal isterinya itu kepada keluarganya kerana ditakuti akan diberi tekanan untuk melangsungkan perkahwinan dengan kadar yang segera.
adakah ini alasan yang kukuh?
apakah maksud si lelaki ini? adakah dia benar-benar ingin memperisiterikan si perempuan itu?
dia tidak bersedia lagi untuk berkahwin, tetapi memberi tekanan kepada si perempuan kerana ditakuti tidak mendapat restu dalam hubungan yang hampir setahun itu.