4 punca kenapa anda cemburu buta
Perasaan cemburu adalah normal didalam diri seseorang. Tetapi sekiranya ia tidak dikawal, ia bukan sahaja memberikan bebanan kepada pasangan, malah ia juga akan memberi kesan terhadap diri anda. Untuk artikel kali ini, top5 akan memberikan 4 punca utama mengapa anda bersikap cemburu buta.
kurang keyakinan diri- Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, punca utama yang mendorong seseorang cemburu buta adalah apabila wujud perasaan kurang keyakinan terhadap diri sendiri. Sebagai contoh mungkin pasangan lebih hebat dari segi kerjaya daripada diri anda, ia secara tidak sedar akan mewujudkan situasi persaingan. Sekiranya anda menghadapi situasi ini, top5 nasihatkan untuk anda lebih fokus meningkatkan usaha memperbaiki diri anda dan bukannya bersikap untuk cemburu buta.
anda sendiri tidak mahu kawal- Seperti yang top5 telah nyatakan, perasaan cemburu sememangnya wujud didalam diri seseorang. Tetapi perasaan itu sebenarnya anda mampu untuk latih dah kawal. Sekiranya anda hanya membiarkan perasaan dan bukannya akal untuk mengawal diri anda, ia akan memburukkan lagi keadaan.
kebosanan- Sekiranya anda hanya memfokuskan kehidupan terhadap pasangan, tanpa menikmati masa anda bersama keluarga, rakan atau sebagainya, ia sebenarnya hanya akan mengundang perasaan bosan dalam diri anda tanpa anda sendiri sedari. Perasaan bosan inilah yang akan membuatkan anda bersikap lebih cemburu. Anda sepatutnya bijak untuk menghargai orang yang berada disekeliling anda. Belajar untuk menikmati kehidupan anda dan bukannya terlalu fokus terhadap pasangan.
tidak mempercayai pasangan- kepercayaan adalah merupakan kunci utama dalam kejayaan sesebuah hubungan. Sekiranya anda tidak meletakkan kepercayaan terhadap pasangan, pasti perasaan cemburu lebih sukar untuk dikawal.
nasihat top5 untuk sesiapa yang kuat sangat cemburu tu, lepasni kurangkan sikit la ok? jangan terlalu mengikut perasaan
![]()
4 Responses to 4 punca kenapa anda cemburu buta
Leave a Reply Cancel reply
langgani kami sekarang
top5reason- Kesan bersenam dengan perut kosong vs penuh! Mana lagi bahaya?
- Ada apa dengan universal studio singapore?
- Apakah kesan sekiranya anda mengambil vitamin c secara berlebihan? Lelaki wajib baca.
- Adakah anda cukup matang?
- Kenapa kita tidak boleh minum berdiri?
- 5 konflik percintaan yang biasa terjadi? Macam tajuk lagu pulak kan. hehe
- Sakit gusi tanda mati pucuk?? ayokkkkk…..
- Sebab utama kenapa lelaki tak perlu beli kemeja 100% cotton
- Apakah kesan sekiranya seorang lelaki membuatkan wanita ketawa? fakta atau auta? he….
- Amaran!! Pastikan anak, adik, atau orang terdekat anda tidak bermain permainan ini
koleksi artikel
- Notis: segala maklumat atau info yang ditulis didalam blog top5reason.com adalah 100% asli. Kami tidak pernah mengamalkan copy paste 100% daripada mana-mana website lain. Segala hakcipta didalam website ini adalah terpelihara dibawah akta

Creative Commons Attribution 3.0 Unported License. PERHATIAN!!
Setiap komen top akan cuba balas. So rajin-rajin la check email anda ok. Semoga kita sama-sama boleh jadi kawan. Peace yawww.....






*baca
apapaje recently posted..test
salam, top bagaimana untuk tambahkan keyakinan terhadap pasangan jika pasangan berada jauh dari kita? dalam hal saya, kekasih saya berada dijepun dan saya di malaysia..pada mula dulu, saya yakin padanya, tapi lama kelamaan saya jadi sensitif, mudah cemburu buta, sampai dia terasa dirinya terkongkong…tolong lah saya top, saya sayangkan hubungan kami, saya risau dgn perubahan emosi saya ni… tolong ya top..
tQ..
hubungan jarak jauh adalah merupakan satu perkara yang mencabar. jadi pendapat top, perasaan percaya penting untuk menjaga hubungan ini. percaya dengan pasangan anda. jangan terlalu memikirkan perkara yang negatif kerana ia akan mempengaruhi tindakan anda. dan secara tidak lansung tindakan anda akan membebankan pasangan. lagi satu, top rasa anda kena yakin dengan konsep jodoh.
[...] terlalu berhati-hati kerana takut kehilangan pasangan. Lama-kelamaan mungkin perasaan ini akan berubah menjadi perasaan cemburu buta sekiranya ia tidak dikawal. Berbeza dengan wanita yang bekerjaya, mereka lebih yakin untuk hidup [...]