4 makanan yang baik dimakan selepas melakukan senaman
top5 yakin mesti ramai pembaca top5 yang rajin bersenam, kan… kan..?? haha… Nak tanya sikit ni, selalu lepas bersenam anda semua makan apa ye? Kalau lepas bersenam anda boleh makan nasi lemak ke, roti canai ke, top5 nasihatkan tak payah la bersenam ok.haha.. Sebab tak ada apa-apa kesan yang akan anda perolehi. Jadi apa makanan yang baik untuk anda selepas melakukan senaman?
Telur (separuh masak)- Kandungan vitamin C didalam telur dapat membantu memberikan anda tenaga yang secukupnya untuk melakukan kerja selepas bersenam. Kebiasaannya, tenaga yang akan anda perolehi akan mampu bertahan sehingga ke waktu makan tengah hari.
Buah-buahan/jus- Nutrien yang terdapat didalam buah-buahan dapat membantu untuk memulihkan semula otot-otot anda selepas melakukan senaman.
Yogurt- Pakar menyatakan bahawa yogurt adalah merupakan minuman yang paling baik selepas anda melakukan senaman. Ini kerana ia mengandungi kalsium, mineral dan vitamin yang cukup untuk memberikan tenaga kembali kepada tubuh. Selain itu, ia juga dapat memberikan perlindungan daripada anda terkena daripada jangkitan bakteria jahat.
Mentega kacang dan biskut kering- Sekiranya anda ingin makan sebagai alas perut sebelum anda mengambil makanan yang lebih berat, mungkin ini adalah pilihan terbaik. Ini kerana gabungan makanan ini kaya dengan karbohidrat, lemak dan protein untuk memberikan tenaga.
Jadi lepas ni, selepas anda melakukan senaman, jangan makan main belasah je ok. Tunggu sekurang-kurangnya 2-3 jam sebelum anda mengambil makanan yang lebih berat. Ini kerana sekiranya anda tidak menjaga pemakanan selepas bersenam, ia mungkin akan memberi kesan sampingan yang lain terhadap tubuh anda. Selamat beramal
langgani kami sekarang
top5reason- Kesan bersenam dengan perut kosong vs penuh! Mana lagi bahaya?
- Ada apa dengan universal studio singapore?
- Apakah kesan sekiranya anda mengambil vitamin c secara berlebihan? Lelaki wajib baca.
- Adakah anda cukup matang?
- Kenapa kita tidak boleh minum berdiri?
- 5 konflik percintaan yang biasa terjadi? Macam tajuk lagu pulak kan. hehe
- Sakit gusi tanda mati pucuk?? ayokkkkk…..
- Sebab utama kenapa lelaki tak perlu beli kemeja 100% cotton
- Apakah kesan sekiranya seorang lelaki membuatkan wanita ketawa? fakta atau auta? he….
- Amaran!! Pastikan anak, adik, atau orang terdekat anda tidak bermain permainan ini
koleksi artikel
- Notis: segala maklumat atau info yang ditulis didalam blog top5reason.com adalah 100% asli. Kami tidak pernah mengamalkan copy paste 100% daripada mana-mana website lain. Segala hakcipta didalam website ini adalah terpelihara dibawah akta

Creative Commons Attribution 3.0 Unported License. PERHATIAN!!
Setiap komen top akan cuba balas. So rajin-rajin la check email anda ok. Semoga kita sama-sama boleh jadi kawan. Peace yawww.....





