4 cara untuk menyelesaikan konflik
Dikehidupan anda seharian, pasti sering akan timbulnya perselisihan faham. Masing-masing cuba menegakkan pendirian sendiri, siapa salah dan siapa yang betul, dan permulaan perbincangan yang kecil tadi berubah menjadi satu medan perang yang besar. Bagaimanakah untuk menyelesaikan sekiranya anda berada didalam situasi ini? Anda perlu bijak untuk menanganinya, cuba wujudkan situasi menang-menang tanpa mengguris mana-mana perasaan. Didalam artikel ini, t5 akan menyenaraikan 4 cara yang mungkin anda boleh praktikkan untuk menyelesaikan sesuatu konflik.
Nyatakan punca masalah dengan ayat yang ringkas- Ketika masing-masing sedang sibuk menyampaikan hujah sendiri, pasti sesuatu punca permasalahan itu akan diceritakan dengan panjang lebar. Ia adalah suatu perkara yang normal. Tetapi apabila anda merasakan keadaan berada dalam keadaan tenang sebentar, cuba alihkan perhatian pasangan anda tentang permasalahan yang wujud dengan cara yang lebih ringkas. Tidak perlu sesuatu masalah itu dicerita dengan panjang lebar sebaliknya mencari jalan penyelesaian adalah lebih baik.
Nilaikan sesuatu permasalahan itu daripada pandangan kedua-dua belah pihak- Anda tidak seharusnya menilai sesuatu masalah itu hanya dari sudut pandang anda sahaja. Anda juga perlu menilainya dari sudut pandang pasangan anda. Ini akan membuatkan anda untuk bersikap lebih terbuka. Ketika pasangan anda sedang meluahkan isi hati, cuba letakkan anda berada didalam situasinya, rasakan apa yang mereka rasa dan kemudian cuba dapatkan gambaran kasar mengenai masalah itu. Barulah anda menyatakan pendapat anda pula. Ia akan membantu anda untuk mengenalpasti punca sesuatu masalah dengan lebih mendalam.
Cari jalan penyelesaian- Apabila anda sudah berjaya mengenalpasti punca sesuatu masalah yang sebenarnya, ia akan memudahkan anda untuk mencari jalan penyelesaian. Jalan penyelesaian yang anda cuba berikan juga seharusnya tidak patut berat sebelah. Cari jalan penyelesaian yang mampu mewujudkan situasi menang-menang antara kedua-dua belah pihak.
Penerimaan- Anda seharusnya memahami konsep penerimaan. Tidak semestinya jalan penyelesaian yang anda berikan akan diterima seratus peratus. Anda perlu banyak bersabar. Mungkin mereka memerlukan masa, ruang atau ketanangan untuk memikirkan mengenai pendapat yang anda berikan. Jangan sesekali mendesak mereka untuk turut menyutujui jalan penyelesaian yang anda telah berikan.
5 Responses to 4 cara untuk menyelesaikan konflik
Leave a Reply Cancel reply
langgani kami sekarang
top5reason- Antara makan buah vs minum jus buah yang mana lebih baik?
- Ciri-ciri lelaki seksi dimata wanita
- trend cermin mata terkini 2012
- video bayi kena dera
- tanda lelaki buaya darat
- Siapa joseph kony?
- kekasih membunuh diri?
- Apa benda la pulak lgbt ni?
- 3 punca utama pasangan bergaduh
- Adakah wanita lebih baik dari lelaki ?
top5reason
- Notis: segala maklumat atau info yang ditulis didalam blog top5reason.com adalah 100% asli. Kami tidak pernah mengamalkan copy paste 100% daripada mana-mana website lain. Segala hakcipta didalam website ini adalah terpelihara dibawah akta

Creative Commons Attribution 3.0 Unported License. komen di top5reason
top5 { yeke? sebab die pemalu kot.. hehe } – May 19, 3:32 PM
nur balqis { napew laki dia mesti x nak bagi tau pompuan tu dia suke pompuan tu } – May 19, 2:08 PM
top5 { oo.... pacaran pun bisa buat jerawat tumbuh ya? haha... selamat mencuba ok
} – May 19, 1:47 PMerni { Mesti di coba tuh.. Akhir2 ini aqu pacaran malah nambah jerawat dimana2. . . *Akhirnya aqu putusin lah cowok tuh, biar jerawat aqu sembuh +_#... } – May 18, 6:17 PM
top5 { yeah..... gud gurl, gud luck ok
} – May 18, 12:00 AMaiisya { tq amnan..harap2 gtu la..sy akn cuba fokus on study..isya'allah jodoh xkemana kn? psl lect 2, sy xkn ambil port dah..sy xnk jd angkt bakul sendiri..loll } – May 17, 9:38 PM
top5 { haha.. tapi jangan risau, ramai lagi lelaki yang setia ok :p } – May 17, 1:50 AM
top5 { i'allah, doa banyak-banyak ok
} – May 17, 1:49 AMtop5 { amboi, garangnya dia.. haha :p } – May 17, 1:49 AM
top5 {
} – May 17, 1:48 AMtop5 { respon sudah dibalas.. hehe } – May 17, 1:48 AM







sokong..!! he3..^^
tq2….
[...] memberi sebarang tekanan kerana mereka akan menjadi lebih sensitif pada waktu ini. Dikhuatiri masalah yang kecil akan menjadi semakin [...]
kalau dalam fb camner lak?
kalau dalam fb pun sama je dik, cuma mungkin lebih susah kalau chat, kalau bersembang secara terus lebih mudah