4 cara mengekalkan hubungan suami isteri
Untuk mengekalkan hubungan suami isteri bukanlah suatu perkara yang sukar. Tetapi ia memerlukan kerjasama antara suami dan juga isteri yang masing-masing perlu memainkan peranan untuk menjaga perhubungan mereka. Jika sebelum ini t5 telah mengeluarkan artikel mengenai 4 tanda perhubungan suami isteri yang bermasalah,kali ini t5 akan memberikan tips tentang bagaimana cara untuk mengekalkan hubungan perkahwinan anda.
(1) Berkongsi kegembiraan- Setiap pasangan suami isteri merasakan bahawa untuk menjadi seorang yang romantik perlu untuk berkongsi kedukaan, kesedihan, kekecewaan dan sebagainya. Tetapi, apa yang lebih penting didalam hubungan adalah tentang bagaimana reaksi anda untuk berkongsi kegembiraan bersama pasangan.
Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, pasangan yang mempunyai hubungan yang kuat akan memberikan reaksi yang lebih positif terhadap kegembiraan yang dilalui oleh suami atau isteri mereka. Berkongsi kegembiraan juga adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi perhubungan dan juga meningkatkan kepuasan dan komitmen pasangan.
Sebagai contoh, bagaimanakah reaksi anda apabila suami atau isteri anda memberitahu bahawa mereka telah mendapatkan pekerjaan yang lebih baik? Adakah anda hanya akan mengucapkan tahniah dan terus menyambung aktiviti yang sedang anda lakukan atau cuba bertanyakan mereka secara lebih terperinci mengenai persedian, ingin melihat surat tawaran dan sebagainya? Pasti anda sudah ada jawapannya.
(2) Berusaha untuk kekal positif- Memang tidak dapat dinafikan, sesuatu hubungan yang telah melalui jangka masa yang panjang pasti akan melalui waktu yang suram.Untuk menghadapi masalah ini, suami dan isteri perlu berusaha mengekalkan hubungan mereka dengan sentiasa berfikiran positif. Pemikiran yang positif boleh dibentuk sekiranya pasangan berusaha ke arahnya.
Sebagai contoh untuk kekal positif, berkemungkinan pasangan boleh memperuntukkan masa mereka dengan pergi bercuti, menonton wayang, bermain bersama dengan anak dan sebagainya. Suami dan isteri juga dinasihatkan untuk mengingati betapa kuatnya kuasa perkataan ‘KAMI’ didalm hubungan mereka.
(3) Menunjukkan penghargaan-Adalah merupakan sifat semulajadi manusia akan gembira apabila sesuatu perkara yang mereka cuba lakukan dihargai. Begitu juga terhadap pasangan anda. Tunjukkan penghargaan anda walaupun hanya dengan ucapan terima kasih. Ia bukan sahaja akan memberikan faedah kepada penerimanya, malah ia juga turut membentuk sifat positif terhadap orang yang menyampaikannya.
Menurut daripada kajian, pasangan suami isteri yang saling menunjukkan penghargaan didalam hubungan mereka akan lebih bahagia berbanding pasangan yang jarang melakukannya. Ini adalah kerana penghargaan yang ditunjukkan mampu untuk membentuk sifat positif antara kedua-dua belah pihak dan secara tidak langsung ia akan meningkatkan komitmen masing-masing untuk sentiasa berusaha menjadi lebih baik didalam hubungan.
(4) Berkongsi minat- Turut meminati apa yang pasangan anda minat adalah merupakan salah satu rahsia untuk mengekalkan hubungan anda. Fokus utama bukanlah terhadap apa aktiviti yang anda lakukan, tetapi apa yang lebih penting adalah kesefahaman yang akan wujud disebalik perkongsian itu.
Sebagai contoh, isteri anda seorang yang minat untuk berkebun. Anda membantunya untuk melakukan kerja berat yang mereka tidak mampu lakukan. Di sebalik bantuan yang anda berikan, akan wujud pelbagai perkara yang positif didalam hubungan anda. Antaranya adalah mungkin isteri anda merasakan anda mampu untuk melindungi mereka, menghargai pertolongan yang anda berikan, hubungan komunikasi antara pasangan akan menjadi lebih mesra dan sebagainya. Begitu juga sekiranya isteri yang turut berkongsi minat suami mereka.
3 Responses to 4 cara mengekalkan hubungan suami isteri
Leave a Reply Cancel reply
langgani kami sekarang
top5reason- Antara makan buah vs minum jus buah yang mana lebih baik?
- Ciri-ciri lelaki seksi dimata wanita
- trend cermin mata terkini 2012
- video bayi kena dera
- tanda lelaki buaya darat
- Siapa joseph kony?
- kekasih membunuh diri?
- Apa benda la pulak lgbt ni?
- 3 punca utama pasangan bergaduh
- Adakah wanita lebih baik dari lelaki ?
top5reason
- Notis: segala maklumat atau info yang ditulis didalam blog top5reason.com adalah 100% asli. Kami tidak pernah mengamalkan copy paste 100% daripada mana-mana website lain. Segala hakcipta didalam website ini adalah terpelihara dibawah akta

Creative Commons Attribution 3.0 Unported License. komen di top5reason
top5 { yeke? sebab die pemalu kot.. hehe } – May 19, 3:32 PM
nur balqis { napew laki dia mesti x nak bagi tau pompuan tu dia suke pompuan tu } – May 19, 2:08 PM
top5 { oo.... pacaran pun bisa buat jerawat tumbuh ya? haha... selamat mencuba ok
} – May 19, 1:47 PMerni { Mesti di coba tuh.. Akhir2 ini aqu pacaran malah nambah jerawat dimana2. . . *Akhirnya aqu putusin lah cowok tuh, biar jerawat aqu sembuh +_#... } – May 18, 6:17 PM
top5 { yeah..... gud gurl, gud luck ok
} – May 18, 12:00 AMaiisya { tq amnan..harap2 gtu la..sy akn cuba fokus on study..isya'allah jodoh xkemana kn? psl lect 2, sy xkn ambil port dah..sy xnk jd angkt bakul sendiri..loll } – May 17, 9:38 PM
top5 { haha.. tapi jangan risau, ramai lagi lelaki yang setia ok :p } – May 17, 1:50 AM
top5 { i'allah, doa banyak-banyak ok
} – May 17, 1:49 AMtop5 { amboi, garangnya dia.. haha :p } – May 17, 1:49 AM
top5 {
} – May 17, 1:48 AMtop5 { respon sudah dibalas.. hehe } – May 17, 1:48 AM







[...] July 13, 2011 · Leave a Comment // Zuriat merupakan anugerah paling berharga untuk pasangan suami isteri. Pasti kehadiran mereka amat dinanti-nanti oleh pasangan. Untuk permulaan, ia mungkin tidak akan [...]
Terima kasih atas entri yang berinformasi dan bermanfaat buat semua warga maya. Teruskan menulis entri mencerahkan sebegini. Maju terus.
terima kasih