3 perkara wanita moden patut tahu lakukan

Jam sentiasa berputar, teknologi semakin canggih, taraf kehidupan semakin meningkat, dan bagaimana pula jika anda seorang wanita? ewah…. bukan main lagi top5 berbahasa kali ni. haha.. Ok, artikel kali ini top5 bukan tuju untuk kaum wanita sahaja, tapi kaum lelaki pun boleh amik tau jugak sebagai rujukan pada masa akan datang. (Boleh jugak buat tips nak cari calon isteri nanti..haha) Jadi apa beza antara wanita dulu dengan wanita moden? Rasa tak banyak beza pun kan. Mungkin ada beberapa aspek masih dikekalkan. Jadi mari sama-sama kita lihat apa yang wanita moden patut tahu lakukan.

Memasak- Tidak kira semoden mana seorang wanita itu, kemahiran memasak dengan seorang wanita sememangnya tidak dapat dipisahkan. hehe…. Ini mungkin disebabkan wanita sudah sebati dengan kemahiran ini. Ramai lelaki yang meletakkan kemahiran ini sebagai ciri utama yang perlu ada pada bakal isteri mereka. Jadi tiada alasan untuk wanita moden tidak tahu memasak ok? ( Benarlah kata orang tua bahawa kebahagiaan suami terletak pada air tangan isteri.. haha :p)

Memandu- Jika dulu kemahiran ini mungkin tidak diambil berat, tetapi mungkin tidak pada zaman yang moden ini. Taraf kehidupan yang semakin meningkat memaksa pasangan bekerja lebih kuat. Jadi kebiasaannya pasangan yang berkahwin pada zaman moden ini kedua-duanya akan bekerja. Disebabkan kekangan masa menyebabkan wanita moden perlu tahu memandu untuk memudahkan pergerakan mereka tanpa memerlukan bantuan suami. Mungkin tanpa kemahiran ini akan menyukarkan lagi untuk wanita melakukan tugasan mereka.

Alatan elektronik (gadget)- Pengetahuan mengenai gadget biasanya dikuasai oleh kaum lelaki. Tetapi jika anda seorang wanita moden, anda perlu tahu sedikit sebanyak untuk mengendalikan alatan ini. Ini kerana alatan ini akan memudahkan lagi anda untuk melakukan tugasan dan pemantauan. Sebagai contoh, anda perlu tahu menggunakan telefon bimbit untuk mengetahui apa yang anak anda sedang lakukan dirumah. Ini secara tidak langsung memberi pengawasan secara jarak jauh. ( macam mak top5, masa dulu jenuh jugak la top5 ajar cara nak guna handphone..haha, tapi rasa wanita zaman sekarang dah ramai reti pakai handphone kan? mungkin lepas ni wanita moden perlu tahu cara nak guna internet pulak kot. kan? )

Mungkin ini saja yang top5 dapat fikirkan mengenai apa yang wanita moden perlu tahu..hehe, jika anda ada sebarang cadangan atau idea lain, sila nyatakan diruangan komen ok. Boleh berkongsi-kongsi pandangan. :)

2 Responses to 3 perkara wanita moden patut tahu lakukan

  1. Jadi, menjadi wanita moden agak lebih sukar berbanding wanita zaman dulu.betul ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge