stress-relief

3 cara paling cepat untuk kurangkan stress

Tutup mata anda- Ambil beberapa saat untuk pejamkan mata anda sebentar. Bayangkan diri anda sedang berada di suatu tempat yang boleh memberikan ketenangan seperti di pantai, di dalam hutan atau sebagainya. Ataupun cuba bayangkan wajah-wajah kesayangan anda. Dengan membayangkan perkara-perkara indah dapat membantu untuk memberikan keyakinan dan kekuatan untuk menghadapi tekanan yang sedang dihadapi.

Tarik nafas dalam-dalam- Ini juga merupakan cara mudah untuk merehatkan tubuh anda sebentar dan memberikan ketenangan. Tarik nafas sedalam yang boleh kemudian lepaskan secara perlahan perlahan-lahan melalui mulut. Ulangi langkah ini sebanyak 10 kali. Anda pasti akan merasakan lebih tenang daripada sebelumnya.

Rehatkan otot anda- Sekiranya anda terlalu fokus ketika melakukan sesuatu kerja, otot anda secara perlahan-lahan akan menegang dan ini akan membuatkan anda merasakan tekanan. Sekiranya ini terjadi, anda perlu mengambil masa untuk merehatkan otot-otot anda sebentar. Sebagai contoh, sekiranya anda sudah terlalu lama duduk di atas kerusi ketika melakukan kerja, ambil masa untuk berjalan-jalan sebentar di kawasan sekeliling anda.

top

nama top dipilih bukan sebab aku seorang kipas susah mati K-POP, tetapi secara kebetulan dengan nama blog ni, jadi aku memilih untuk menggunakan nama samaran top. kalau guna AKU macam tak rare (tak nak bagi alasan kalau guna nama panggilan AKU terasa agak kasar sebab jawapan yang agak cliche)

3 thoughts on “3 cara paling cepat untuk kurangkan stress

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge