3 cara bagaimana untuk anda muhasabah diri

Kadang-kadang kita ni asyik nampak kelemahan dan kekurangan orang lain je, kan… kan.. Diri sendiri punya salah, kita susah nak sedar dan kadang-kadang saje je buat-buat tak sedar. hehe.. Selalu kita akan rasa kita jela yang betul. ( top selalu kalau berhadapan dengan orang macamni memang selalu bagi menang je, nak sangat menang kan, amikla, kita tak rugi apa-apa pun)

Kebiasaannya orang yang bersifat sebegini kerana mereka kurang meluangkan masa untuk muhasabah diri. Untuk yang tak tahu makna muhasabah tu, die lebih kurang macam penilaian la untuk diri kita. Kita ni baik ke, jahat ke, pandai ke tak dan sebagainya. Sebenarnya muhasabah ni penting jugak kerana ia akan membantu seseorang merancang untuk memperbaiki lagi kekurangan diri.

top menulis artikel ni bukanla nak jadi ustad atau pakar motivasi pulak kan,  sekadar perkongsian untuk pembaca blog ini dan untuk top yang tak sedar diri ni. haha.. Jadi bagaimana cara untuk kita muhasabah diri? lai… lai.. sape nak tahu meh baca meh…

Cermin -  Top yakin mesti ramai yang selalu jugak buat macamni, kan? mengaku jela, sebab top pun same..haha.. Dengan melihat diri sendiri dihadapan cermin adalah cara terbaik untuk seseorang muhasabah diri mereka. Cuba untuk berkomunikasi sendirian tentang kelebihan dan kekurangan diri anda. Tanyakan pada diri sendiri apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki lagi diri anda.Tapi janganla buat tengah-tengah laman pulak kan. Nanti orang cakap anda tak berapa nak betul pulak. Lakukan ditempat yang hanya ada anda seorang je ok.

Menyendiri – Ada sesetengah orang berpendapat bahawa menyendiri tidak elok untuk emosi seseorang, ianya mungkin betul tetapi turut bergantung pada situasi. Ini kerana apabila anda selalu dikelilingi oleh orang lain (termasuk keluarga), anda akan lebih cenderung untuk berbual kosong, bercerita masalah, membincangkan mengenai orang lain dan sebagainya. Cuba untuk luangkan sedikit masa untuk anda sendiri menilai diri anda.

lihat dan dengar – Ramai yang lebih cenderung untuk berceritakan apa yang mereka lihat atau dengar kepada orang lain. Tambahan lagi sekiranya ia melibatkan tentang gosip hangat atau sebagainya. (top pun lebih kurang jugak, haha..) Tetapi sebenarnya pengalaman yang kita lihat atau dengar adalah cara terbaik untuk seseorang muhasabah diri mereka. Kurangkan bercerita dan banyakkan memikirkan cara bagaimana kita boleh memperbaiki diri lagi berdasarkan apa yang dilihat dan didengar.

top

nama top dipilih bukan sebab aku seorang kipas susah mati K-POP, tetapi secara kebetulan dengan nama blog ni, jadi aku memilih untuk menggunakan nama samaran top. kalau guna AKU macam tak rare (tak nak bagi alasan kalau guna nama panggilan AKU terasa agak kasar sebab jawapan yang agak cliche)

One thought on “3 cara bagaimana untuk anda muhasabah diri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge