3 cabaran perkahwinan muda
Perkahwinan muda adalah digalakkan kerana merupakan satu alternatif terbaik untuk mengurangkan gejala sosial pada waktu ini. Statistik juga menunjukkan peningkatan kes pembuangan bayi antara tahun 2005 hingga ke tahun 2010. Ini menunjukkan bahawa masalah sosial semakin berleluasa. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan perkahwinan muda. Tetapi, pasangan yang ingin berkahwin muda haruslah bersiap sedia untuk menghadapi cabaran yang berkemungkinan akan dialami. Diharap artikel ini dapat membantu anda untuk melakukan perancangan yang sebaiknya.
Kadar perceraian- Mengikut kajian yang telah dijalankan, kadar perceraian antara pasangan yang berumur bawah 25 tahun adalah lebih tinggi berbanding pasangan yang dewasa. Ini berkemungkinan disebabkan atas faktor kematangan pasangan tersebut. Sebaiknya, pasangan yang merancang untuk berkahwin muda harus mempersiapkan diri dari segi mental mahupun fizikal terlebih dahulu. Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dianggap mudah. Pastikan anda telah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Psikologi- Apabila anda sudah bersedia untuk berkahwin, anda perlu memahami mengenai konsep perubahan psikologi yang perlu dilakukan. Ini merupakan masalah utama untuk pasangan muda kerana mereka masih tidak bersedia untuk melakukan perubahan. Sekiranya anda masih mengikut rentak kehidupan bujang yang dilalui sebelum ini, sudah pasti ia akan membawa masalah terhadap keluarga anda. Perkara ini seharusnya dielakkan dan memerlukan perancangan untuk anda menghadapinya. Komunikasi antara pasangan adalah jalan terbaik.
Tekanan keluarga- Sememangnya, pasangan muda akan mendapat lebih tekanan daripada keluarga. Terutamanya terhadap pasangan yang masih bergantung dari segi kewangan. Cuba elakkan masalah ini secepat mungkin. Sebaiknya, kepada sesiapa yang telah merancang untuk perkahwinan muda, pastikan anda dapat elakkan daripada pergantungan ini. Kehidupan tidak perlulah terlalu mewah, cukup sekadar anda sudah mampu untuk berdikari bersama pasangan. Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada menerima pelbagai tekanan yang mungkin akan menimbulkan konflik antara pasangan.
Sekiranya anda telah bersedia untuk menghadapi cabaran ini, tiada masalah untuk anda berkahwin pada usia yang muda. Ia amatlah digalakkan. Cubalah untuk melakukan yang terbaik untuk keluarga anda, sebagaimana ibubapa anda cuba memberikan yang terbaik untuk anda.
5 Responses to 3 cabaran perkahwinan muda
Leave a Reply Cancel reply
langgani kami sekarang
top5reason- Antara makan buah vs minum jus buah yang mana lebih baik?
- Ciri-ciri lelaki seksi dimata wanita
- trend cermin mata terkini 2012
- video bayi kena dera
- tanda lelaki buaya darat
- Siapa joseph kony?
- kekasih membunuh diri?
- Apa benda la pulak lgbt ni?
- 3 punca utama pasangan bergaduh
- Adakah wanita lebih baik dari lelaki ?
top5reason
- Notis: segala maklumat atau info yang ditulis didalam blog top5reason.com adalah 100% asli. Kami tidak pernah mengamalkan copy paste 100% daripada mana-mana website lain. Segala hakcipta didalam website ini adalah terpelihara dibawah akta

Creative Commons Attribution 3.0 Unported License. komen di top5reason
top5 { yeke? sebab die pemalu kot.. hehe } – May 19, 3:32 PM
nur balqis { napew laki dia mesti x nak bagi tau pompuan tu dia suke pompuan tu } – May 19, 2:08 PM
top5 { oo.... pacaran pun bisa buat jerawat tumbuh ya? haha... selamat mencuba ok
} – May 19, 1:47 PMerni { Mesti di coba tuh.. Akhir2 ini aqu pacaran malah nambah jerawat dimana2. . . *Akhirnya aqu putusin lah cowok tuh, biar jerawat aqu sembuh +_#... } – May 18, 6:17 PM
top5 { yeah..... gud gurl, gud luck ok
} – May 18, 12:00 AMaiisya { tq amnan..harap2 gtu la..sy akn cuba fokus on study..isya'allah jodoh xkemana kn? psl lect 2, sy xkn ambil port dah..sy xnk jd angkt bakul sendiri..loll } – May 17, 9:38 PM
top5 { haha.. tapi jangan risau, ramai lagi lelaki yang setia ok :p } – May 17, 1:50 AM
top5 { i'allah, doa banyak-banyak ok
} – May 17, 1:49 AMtop5 { amboi, garangnya dia.. haha :p } – May 17, 1:49 AM
top5 {
} – May 17, 1:48 AMtop5 { respon sudah dibalas.. hehe } – May 17, 1:48 AM







kahwin mengikut kemampuan…
kehidupan akan megajar kita erti dewasa…
betol 3
Kawin??
lagi muda usia kita kawen sebenarnya lagi bagus