2 perbezaan antara lelaki dan wanita dalam memilih pasangan
Jika sebelum ini t5 telah mengeluarkan artikel mengenai 3 teori daya tarikan manusia, didalam artikel ini pula akan menerangkan mengenai perbezaan cara memilih pasangan mengikut jantina. Bagaimanakah cara lelaki dan wanita dalam memilih pasangan mereka? Keputusan diatas adalah hasil kajian terhadap 100 orang lelaki dan juga wanita.
Lelaki- Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa lelaki amat-amat mementingkan visual atau penampilan seseorang wanita itu. Ini kerana lebih daripada 80% lelaki memilih cantik sebagai salah satu pilihan untuk pasangan mereka.
Hasil daripada gambar rajah juga menunjukkan bahawa lelaki tidak terlalu mementingkan wanita yang bijak dalam memilih pasangan. Ini mungkin disebabkan keegoan seorang lelaki yang tidak suka wanita melebihinya ataupun mereka merasakan bahawa itu tidak penting kerana mereka yang akan memimpin keluarga dan bukannya wanita.
Wanita yang bijak dan mempunyai emosi yang stabil pula adalah merupakan peratus yang paling sedikit didalam cara seorang lelaki memilih pasangan. Mungkin lelaki tidak terlalu mementingkan faktor ini kerana sifat kepimpinan yang semulajadi wujud didalam diri mereka.
Wanita- Berbeza daripada cara pemilihan lelaki memilih pasangan, wanita pula tidak meletakkan wajah atau penampilan seseorang lelaki itu menjadi perkara utama. Mereka lebih cenderung untuk memilih lelaki yang bijak dan emosi yang stabil.
Ia mungkin disebabkan oleh perwatakan wanita yang selalu memerlukan perlindungan daripada lelaki. Selain daripada itu, ia juga mungkin kerana wanita merasakan lelaki yang bijak dan emosi yang stabil mampu untuk membuat keputusan yang terbaik untuk keluarga mereka.
Kebanyakan wanita meletakkan paras rupa seorang lelaki perkara yang terakhir dalam mereka memilih pasangan hidup. Kerana bukan paras rupa yang mereka cari tetapi mereka mahukan seorang lelaki yang mampu untuk memimpin mereka. Cara wanita memilih pasangan dilihat lebih mementingkan keikhlasan berbanding lelaki yang lebih mementingkan kepuasan.
2 Responses to 2 perbezaan antara lelaki dan wanita dalam memilih pasangan
Leave a Reply Cancel reply
langgani kami sekarang
top5reason- Kesan bersenam dengan perut kosong vs penuh! Mana lagi bahaya?
- Ada apa dengan universal studio singapore?
- Apakah kesan sekiranya anda mengambil vitamin c secara berlebihan? Lelaki wajib baca.
- Adakah anda cukup matang?
- Kenapa kita tidak boleh minum berdiri?
- 5 konflik percintaan yang biasa terjadi? Macam tajuk lagu pulak kan. hehe
- Sakit gusi tanda mati pucuk?? ayokkkkk…..
- Sebab utama kenapa lelaki tak perlu beli kemeja 100% cotton
- Apakah kesan sekiranya seorang lelaki membuatkan wanita ketawa? fakta atau auta? he….
- Amaran!! Pastikan anak, adik, atau orang terdekat anda tidak bermain permainan ini
koleksi artikel
- Notis: segala maklumat atau info yang ditulis didalam blog top5reason.com adalah 100% asli. Kami tidak pernah mengamalkan copy paste 100% daripada mana-mana website lain. Segala hakcipta didalam website ini adalah terpelihara dibawah akta

Creative Commons Attribution 3.0 Unported License. PERHATIAN!!
Setiap komen top akan cuba balas. So rajin-rajin la check email anda ok. Semoga kita sama-sama boleh jadi kawan. Peace yawww.....






Name pun lelaki. . . faham2 je la. . . Kaum prempuan pula pandai2 le jage diri dari terbabit dalam kancah kepuasan mereka. . . huhuhu. . Sendiri merane, sape nak tolon oi. . .
haha, yeah betul, kena pandai jage maruah…. iallah anda akan selamat ok… hehe