11 tanda wanita hamil
Zuriat merupakan anugerah paling berharga untuk pasangan suami isteri. Pasti kehadiran mereka amat dinanti-nanti oleh pasangan. Untuk permulaan, ia mungkin tidak akan dapat dikesan walaupun dengan menggunakan alat pengesan kehamilan yang ada dipasaran. Tetapi seseorang wanita boleh menjangkakan mereka hamil sekiranya mengalami tanda-tanda seperti yang akan dinyatakan. Panduan ini juga penting kepada suami untuk lebih memahami perkara yang dilalui oleh isteri mereka.
(1) Payudara terasa sakit- Ia merupakan tanda-tanda awal jika seseorang wanita akan hamil. Ini kerana tisu payudara adalah bahagian paling sensitif terhadap perubahan hormon wanita. Apabila hormon progesteron dan hCG meresap ke dalam tubuh badan selepas telur disenyawakan, ia akan meningkatkan jumlah darah yang membuatkan payudara anda membengkak dan berasa lebih berat daripada biasa.
(2) Kekejangan- Anda akan mengalami kekejangan seolah-olah anda akan datang haid. Proses ini dipanggil sebagai implantasi dimana apabila telur yang telah disenyawakan melekat pada dinding rahim, tubuh anda akan meregang mengikut kepada pembesaran bayi. Ia akan menyebabkan bahagian tubuh wanita yang akan hamil mengalami kekejangan.
(3) Keletihan- Sekiranya wanita mengalami keletihan yang lain daripada biasa, ia juga berkemungkinan adalah tanda mereka akan hamil. Ini kerana apabila kandungan mula mencecah usia 2 minggu, ia akan mula menyerap kandungan kalori daripada ibu. Ia akan membuatkan ibu berasa mudah letih.
(4) Puting payudara berubah menjadi warna gelap- Hormon kehamilan akan turut mempengaruhi sel-sel dibahagian puting payudara wanita yang akan hamil. Untuk wanita yang berkulit gelap, berkemungkinan mereka tidak sedar akan perubahan ini sehingga usia kandungan mereka mencecah 10 minggu atau lebih.
(5) Berasa loya atau mual- Ini juga merupakan tanda biasa untuk menandakan seseorang wanita hamil. Tetapi ia mengikut terhadap individu, ada yang menerima kesannya awal, lambat dan ada juga wanita yang lansung tidak akan menerima kesannya.
(6) Kembung perut- Apabila seseorang wanita hamil, hormon progesteron akan lebih banyak terhasil. Hormon ini akan melambatkan sistem pencernaan seseorang menyebabkan perut akan menjadi kembung. Proses ini turut dialami sekiranya seseorang wanita akan datang haid. Tetapi sekiranya perut mereka masih kembung dan haid masih tidak datang, ia adalah tanda awal mereka mungkin hamil.
(7) Kerap membuang air kecil- Apabila seseorang wanita hamil, buah pinggang mereka akan berfungsi dengan lebih baik untuk melancarkan sistem perkumuhan anda.
(8) Mengidam- Ini juga adalah tanda biasa yang dialami oleh wanita yang akan hamil. Tanda ini lebih diketahui umum.
(9) Sembelit- Ia sekali lagi hasil daripada kesan hormon progesteron yang melambatkan sistem pencernaan. Ia akan menyebabkan wanita yang akan hamil mengalami sembelit.
(10) Perubahan emosi- Disebabkan keletihan yang dialami oleh wanita yang hamil akan menyebabkan perubahan terhadap kestabilan emosi mereka.
(11) Kerap pening kepala- Ia berlaku kerana proses untuk tubuh anda membiasakan dengan perubahan hormon yang berlaku. Tetapi pening kepala yang dialami oleh wanita hamil biasanya pada tahap yang sederhana sahaja.
36 Responses to 11 tanda wanita hamil
Leave a Reply Cancel reply
langgani kami sekarang
top5reason- Kesan bersenam dengan perut kosong vs penuh! Mana lagi bahaya?
- Ada apa dengan universal studio singapore?
- Apakah kesan sekiranya anda mengambil vitamin c secara berlebihan? Lelaki wajib baca.
- Adakah anda cukup matang?
- Kenapa kita tidak boleh minum berdiri?
- 5 konflik percintaan yang biasa terjadi? Macam tajuk lagu pulak kan. hehe
- Sakit gusi tanda mati pucuk?? ayokkkkk…..
- Sebab utama kenapa lelaki tak perlu beli kemeja 100% cotton
- Apakah kesan sekiranya seorang lelaki membuatkan wanita ketawa? fakta atau auta? he….
- Amaran!! Pastikan anak, adik, atau orang terdekat anda tidak bermain permainan ini
koleksi artikel
- Notis: segala maklumat atau info yang ditulis didalam blog top5reason.com adalah 100% asli. Kami tidak pernah mengamalkan copy paste 100% daripada mana-mana website lain. Segala hakcipta didalam website ini adalah terpelihara dibawah akta

Creative Commons Attribution 3.0 Unported License. PERHATIAN!!
Setiap komen top akan cuba balas. So rajin-rajin la check email anda ok. Semoga kita sama-sama boleh jadi kawan. Peace yawww.....






Assalamualaikum .. period tuk beberapa hari .. ni pon baru je baik dari demam .. semasa demam tu , breast rasa tak selesa .. badan selalu je dingin .. selalu juga pening2 .. lepas pada baik demam , husband plak demam .. pening2 , loya tekak n lenguh2 badan .. kelmarin ada kua darah b’warna coklat .. so , adakah i ni pregnant ?? n suami dapat alahan ??
berkemungkinan anda sedang mengandung, suami mendapat alahan ketika isteri mengandung adalah perkara normal.
Assalamualaikum .. period tak mai tuk beberapa hari .. ni pon baru je baik dari demam .. semasa demam tu , breast rasa tak selesa .. badan selalu je dingin .. selalu juga pening2 .. lepas pada baik demam , husband plak demam .. pening2 , loya tekak n lenguh2 badan .. kelmarin ada kua darah b’warna coklat .. so , adakah i ni pregnant ?? n suami dapat alahan ??
sy baru je plan nk dapat baby..kiranya baru habis period untuk bulan 2,so dalam tempoh subur tu bersama dengan suami…tapi dalam minggu kedua sy period….lepas habis period ade rasa pening2…then 2-3 hari nie ade lah rasa nk muntah.tapi dengar citer member2 ade jgk org period tapi tanda2 hamil…betul ke boleh jd macam tu???…musykil betul….berat badan makin naik…
em….. saya bukan seorang yang pakar, tapi bagi pendapat saya, adalah lebih baik puan dapatkan nasihat pakar. Ini kerana pening2 atau muntah2 bukan hanya tanda untuk hamil. Dikhuatiri ia adalah tanda penyakit lain yang mungkin dihadapi. Tetapi tidak mustahil juga jika ia adalah tanda kehamilan.
same la sya..mudah2han prgnant..lum lewat agw dtg bln,tp dh ada tanda2 org prgnant,sblm ni x mcm ni,tekak pun semacam jer,mane thu rezeki sya annivesary yg ke 3thn bru ad rezeki..lgpun bln lpas period 2 hari jer.hari ke3 dh kering.n hari ke4n5 kuar sikit2 jer..hope dpt la berita gembira nti..
iallah…. amin…… apaapapun gudluck ok….. semoga anda dimurahkan rezeki
saya dh lewat period..hri ni dh masuk hri ke 52..minggu lepas saya demam, pening, mual, dn tiada selera makan..saya dh 2 kali buat ujian upt tp masih negatif..demam dn lain2 sudah ok ..cuma selera makan msih blum pulih.adakh ini tanda2 awal khmilan..minggu keberapa kehamilan dapat dikesan melalui ujian UPT..
kami bukanlah arif dalam bab ini, tetapi nasihat terbaik adalah anda berjumpa dengan pakar bidang tersebut
. dikhuatiri mungkin kesan lain atau sabagainya.
kat perut kalo letak hp ke remote tv ats perut, dia gerak macam nadi, adakah itu nadi kita atau ada bby..
kami bukan pakar, tetapi bagi pandangan kami, ia mungkin disebabkan oleh pernafasan anda. Sekirnya anda mahukan lebih kepastian, kami menasihatkan anda untuk mendapatkan pandangan pakar.
saya sering datang haid pada minggu ke 4 setiap bulan. pada minggu ke 3 bulan lepas, saya demam seminggu dan saya melakukan hubungan dengan suami pada hujung bulan yang sepatutnya saya datang haid. sekarang saya masih tidak datang haid dan terfikir adakah saya hamil? ataupun haid saya dilanjutkan untuk keluar kerana saya demam seminggu?
keadaan persekitaran sebenarnya boleh mempengaruhi tempoh masa kitaran haid seseorang. Tetapi berkemungkinan juga anda telah mengandung. Kami amat menggalakkan sekiranya anda mendapatkan nasihat pakar..
Baru beberapa hri wat hubungan dengannya..pastu keesokan hri nya bnyak darah keluar dr faraj.. tetapi masa buat hubungan tu dia x pancut dlm.. adakah ne bleh hamil jga?..
ini mungkin disebabkan faktor lain, kerana proses kehamilan berlaku apabila air mani memasuki faraj seseorang wanita. tetapi kami amat menggalakkan sekiranya anda mendapatkan maklumat daripada orang yang lebih arif mengenai topik ini
suhu badan saya sudah 10 hari 36.6 tak berubah. jangka dtg bln 7.5.2012 ni. Adakah saya hamil.? Nak sangat tau.
sekiranya pada 7/5 anda masih tidak datang bulan, kemungkinan besar anda akan hamil. i’allah
salam…. saya dah 6 hari lewat period, breast mmg sakit dan mmbengkak…saya jugak kerap buang air kecil dan ada jugak sembelit….bila saya pergi ke klinik tuk bt prengnant test, ujian mnjukan saya masih belum hamil. tetapi line yang kedua pada pregnant test seakan2 terang….adakah terlalu awal?? dan adakah saya ada tanda2 hamil
sekali lagi ingin dinyatakan kami bukanlah pakar, tetapi sekadar memberi pendapat, mungkin anda sekarang berada pada peringkat awal kehamilan lagi. pernah terdapat beberapa kes juga dimana ujian kehamilan hanya boleh dikesan selepas beberapa minggu kandungan. harap anda bersabar dan dimurahkan rezeki
. sekiranya masih ragu-ragu, kami sarankan anda mendapatkan nasihat daripada pakar.
Salam.. Saya ingin tahu sama ada saya hamil atau x.. Bln lps saya dtg 10hb.. Bln nie saya xdtg lg tp perut saya mcm keras.. Buat ujian air kencing negative.. Tp saya nak makn bnda yang masm. Adakah saya hamil ataupown hormon yg x menentu?
[...] semua tahu, stress adalah kebiasaan didalam kehidupan. Tetapi ia perlu dikawal terutamanya semasa ibu sedang hamil. Ini kerana ia akan memberikan kesan kesihatan terhadap anak didalam kandungan. Tahukah anda apakah [...]
Salam..saya ada psoalan yg saya mahukan kpastian..saya telah buat upt dan kputusannya ada 2 grisan dgn 1 garisan samar2..tp dlm masa yg sama telah dtg haid..adakah bkemungkinan saya mengandung?
top5 bukanlah pakar dalam bidang ini, tetapi apa yang top5 boleh nyatakan, ujian upt sebenarnya tidaklah terlalu tepat. seorang wanita yang mengandung tidak akan datang haid. Selebihnya anda boleh daptkan nasihat pakar
Assalamualaikum wbt. Tarikh haid sy ialah pada 14 ogos 2012 yang lepas… Lepas bersih, saya bersama suami… Sejak semalam, saya mengalami bleeding yang berterusan.. Warna merah gelap dan agak coklat. Kadang2 ada jugak rasa ngilu dan berdenyut.Adakah itu tanda penempelan pada dinding rahim? Adakah saya ni dalam tempoh awal kehamilan? Tq
Siti Saufee recently posted..Stalker!
w’salam…maaf.. saya bukanlah seorang yang pakar… sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut… saya rasa website ini dapat membantu.. http://drzubaidi.com/blog/?p=1221
bln depan msk thn ke-2 alam pkahwinan sy..ape yg sy nk tanya disini ialah, baru2 ni (25hb 8)sy ade keluar darah tp sikit je.mula2 sy ingatkn sy nk period lg.tp lpas tu darah tu tak keluar lg. cuma skali tu je ade..sy binggung sbb last period sy ialah 11hb 8(br lpas 2 minggu. blh sy tahu apa makna darah tu?
saya bukan pakar, mungkin website ini dapat membantu anda… http://drzubaidi.com/blog/?p=1221
Saye nk tnye sikit..sis ckp tanda2 hamil ade yg skit payu dara n rase cm berat..tapi saye slalunnyer dtng bulan slalu jgak skit payu dara n rasa berat n bengkak..
salam…saya baru je buat ujian air kencing…& ada 2 line…yg mengelirukan sy..1 line terang & 1 line lg agak kabur..tapi masih nampak…sblm ujian tersebut saya ada makan jamu/ ada sapu losyen panas di perut…adakah ianya memberi kesan…tapi shigga skrg sy tak sakit perut atau tanda nak period…sy risau akan tumbesaran janin sekiranya sy hamil…siapa2 ada pengalaman blh sate dgn sy.tq
assalamualaikum…ummi nak tnya..period ummi baru 5 hari lewat…tanda2 macam kembung perut dah ada,kerap sngat buang air kecil..sakit juga pada ari2 kalau tahan sekejap je kencing tu..
tapi x ada pening2 n muntah pun…buat test..-ve…
sebenarnya waktu sesuai nak buat test upt bila ye??..kalau nak ikutkan perkiraan..ummi dah masuk 5 minggu x dtg bulan..so..bolong tlg jawab x?tq..:)
waktu terbaik untuk melakukan ujian upt adalah 2 minggu selepas anda tidak datang haid. top bukan pakar dalam bidang ini, tapi mungkin blog ni akan membantu puan
http://drzubaidi.com/blog/?p=1107
ehemmm..no komen…
askum..sy kdang2 skit blkang…kerap kencing..selera mkn sy mkin bselera…susah nk tdo rase cm byk angin dlm bdn..kadang2 rase panas bdn. ..n rase cm senek pn de….adkah sy de tanda2 hamil..
Salam,
Sy dh lewat period 20hari,msih lg xcheck upt sbb takut mengecewakan..
Tp pd tarikh yg sy spttnye period , ade beberapa tanda yg sy alami , seperti sakit pinggang , emosi yg terlalu sensitif , dan puting juga sensitif (rase tegang dan sakit) selama 2 minggu dan beransur hilang.l
Adekah itu ade tanda2 hamil ?
Dan skiranya msih negatif,apa cadangan utk mudah hamil ye ?
Petua ke ape ke..
Mohon jawapan daripada pihak puan.